25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 43

Tarikh rakaman

24/3/2016

Tarikh siaran

27/3/2016

Panel

Prof. Dr. Fredolin Tangang@

Tajudin Mahmud

Ahli Jawatankuasa Kluster

Sumber Asli dan Alam Sekitar,

Majlis Profesor Negara

Prof. Madya Dr. Noor Zurani

Md. Haris

Ahli Kluster Sumber Asli

dan Alam Sekitar,

Majlis Profesor Negara

Impak El Nino dan Panas

Melampau

Isu El Nino dan panas melampau yang melanda negara menjadi

pilihan untuk dibincangkan bersama panel jemputan bagi memastikan

program Dialog Pemikir Negara terus relevan untuk membincangkan

isu strategik negara. Fenomena yang memperlihatkan paras air

empangan semakin berkurangan, masalah bekalan air di beberapa

kawasan di negara, tumbuhan menjadi kering dan terbakar serta

peningkatan masalah akibat strok haba antara perkara yang telah

dibincangkan dalam topik selama sejam ini.

Panel menerangkan bagaimana fenomena ini boleh terjadi sehingga

mendatangkan kebimbangan kepada rakyat negara ini tentang

bagaimana cara untuk mengelakkan diri daripada bahaya kesan

fenomena El Nino yang melanda seluruh negara ini. Pada musim panas

melampau kali ini, rekod bacaan tertinggi dicatatkan di kawasan utara

Semenanjung Malaysia dengan memperlihatkan Kedah dan Perlis

mencatatkan suhu bacaan tertinggi.

Kebimbangan cuaca panas melampau tersebut telah mendorong para

panel untuk memberi nasihat kepada para penonton agar menjaga

kesihatan diri dan tidak memandang remeh mengenai impak suhu

panas ini. Antara nasihat yang perlu diberi perhatian melibatkan minum

air dengan kuantiti yang banyak, kurangkan aktiviti di luar rumah bagi

mengelakkan diri daripada terhidrasi dan memastikan tahap kesihatan

berada di tahap terbaik.

Jangkaan mengenai sampai bila fenomena cuaca panas ini akan

berterusan juga dibincangkan dalam program selama ini. Kesan

kepada aspek pertanian terutamanya mengenai kegiatan ekonomi

turut dibincangkan kerana ia secara tidak langsung memberi kesan

kepada sektor pertanian.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!