25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

74

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Analisis Media

Satu bengkel anjuran bersama Projek Khas

Nasional (Media, Demokrasi dan Sistem

Elektoral) MPN, Jabatan Komunikasi UIAM

dan Pusat Media dan Komunikasi (COMET)

UIAM telah diadakan pada 16 Januari 2016

(Sabtu) bertempat di Hotel Le Meridien,

Kota Kinabalu, Sabah. Bengkel selama satu hari ini disertai

lebih 15 peserta yang terdiri daripada ahli akademik dan

pembantu penyelidik daripada tiga universiti awam,

iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti

Malaysia Sabah (UMS).

16 Januari 2016|

Kota Kinabalu, Sabah

Penganjuran bengkel bertujuan memberi

pendedahan kepada peserta tentang kaedah

analisis kandungan yang digunakan dalam

mengkaji pelaporan berita akhbar. Analisis

kandungan merupakan satu kaedah untuk

mengukur, menilai dan mentafsirkan kandungan

sesuatu media massa sama ada media cetak atau

elektronik. Peserta juga diterangkan elemen utama

teori dan praktikal analisis kandungan dalam membina

kategori dan skema pengekodan. Pada akhir bengkel

ini, peserta telah mempunyai kefahaman dari segi teori dan

praktikal ciri-ciri utama analisis kandungan yang mana kaedah ini

juga dapat diguna pakai dalam menganalisis pelbagai dokumen lain.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!