25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 99

Sinergi Industri dan Akademia

Kluster Industri & Inovasi, Majlis

Profesor Negara dengan usaha

sama Collaborative Research in

Engineering, Science and Technology

(CREST) telah mengadakan Forum

Industri–Akademia (IAF) di SAINS@USM, Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 17

Oktober 2016. IAF telah diadakan sebagai satu platfom bagi mewujudkan

usaha sama antara ahli akademik dan ahli industri dalam kolaborasi

penyelidikan bidang pembuatan pintar elektronik. Seramai 25 ahli

industri, 30 ahli akademik dan 7 wakil daripada agensi lain telah

hadir ke forum tersebut.

17 Oktober 2016| USM

Objektif utama forum ini adalah untuk mengenal pasti peluang

kerjasama projek penyelidikan berdasarkan keperluan

industri semasa dan pada masa depan. Selain itu, forum

ini turut memadankan kepakaran ahli akademik daripada

universiti dengan permasalahan ahli industri. Dalam forum

ini, wakil industri telah membuat tiga pembentangan

teknikal mengenai teknologi termaju industri elektronik.

Hasil daripada forum ini juga 16 projek penyelidikan

gabungan telah dirangka antara penyelidik akademik dengan

ahli industri berdasarkan keperluan dan permasalahan semasa

industri. Fokus penyelidikan juga telah diperincikan kepada tiga

bidang fokus utama, iaitu Internet of Things (IoT), Robotik dan

Automasi dan Sistem Pelaksanaan Pembuatan (MES).

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!