25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 51

Tarikh rakaman

10/8/2016

Tarikh siaran

14/8/2016

Panel

Prof. Dr. Ahmad

Zaki Abu Bakar

Setiausaha Kluster Teknologi

Maklumat dan Komunikasi,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Mohd. Fauzan Noordin

Ahli Kluster Teknologi

Maklumat dan Komunikasi,

Majlis Profesor Negara

Fenomena Pokemon Go

Program Dialog Pemikir Negara pada kali ini membincangkan mengenai

fenomena permainan Pokemon Go yang begitu popular di seantero

dunia. Permainan genre augmented reality (AR) yang dibangunkan

oleh Niantic Labs itu pantas meraih populariti sehingga mencetuskan

fenomena luar biasa di seluruh dunia. Sejak dilancarkan 6 Julai lalu,

lebih 75 juta orang telah memuat turun aplikasi permainan tersebut di

Play Store dan App Store. Pokemon Go adalah antara aplikasi yang

paling banyak dimuat turun dan merupakan berita utama global pada

tahun ini. Semua lapisan masyarakat dan peringkat umur bermain

Pokemon Go. Bukan setakat kanak-kanak, malah orang dewasa dan

berusia teruja mencari Pokemon, melatih dan bertarung.

Di Malaysia, terdapat pelbagai reaksi mengenai penggunaan aplikasi

permainan ini. Justeru, panel yang dijemput memberikan pandangan

dari sudut positif dan negatif mengenai permainan aplikasi ini. Kupasan

dari sudut kesan kepada aspek budaya dan kehidupan juga disentuh

dalam isu permainan ini.

Tidak dapat dinafikan terdapat pihak yang secara keras melarang

Pokemon ini digunakan kerana mampu mengundang kemarahan dan

sensitiviti orang ramai terutama apabila menggunakan kawasan rumah

ibadah sebagai salah satu tempat untuk bermain aplikasi ini. Bertitik

tolak daripada perkara itu maka Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)

telah memutuskan Pokemon haram untuk dimainkan. Tidak kurang

juga yang menganggap permainan ini boleh digunakan oleh pihak

tidak bertanggungjawab menggunakan program permainan tersebut

untuk merompak mangsa dan melakukan kesempatan jenayah lain.

Pada masa sama, perbincangan ini juga melihat kepada elemen positif

tentang bagaimana Pokemon ini dapat membantu para peniaga untuk

mempromosikan produk perniagaan mereka kepada para pemain

yang sedang leka bermain dengan Pokemon.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!