25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

138

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Ilmuwan bersama Penduduk Sarawak

26-30 Januari 2016 | Sarawak

Bagi permulaan kalendar MPN tahun 2016,

MPN telah memilih Sarawak untuk mengadakan

program Ilmuwan bersama Masyarakat bermula

pada 27 hingga 30 Januari 2016 ke lima daerah

di Sarawak, iaitu Kapit, Bunuk, Mukah/Dalat, Mulu

dan Lindu. Program ini merupakan inisiatif MPN

untuk turun padang bagi berkongsi maklumat

berkaitan dengan kesihatan, teknologi maklumat,

pertanian, pendidikan dan pembangunan sosial

kepada masyarakat di kawasan yang mempunyai

kepadatan penduduk yang tinggi.

Program bermula dengan mengadakan aktiviti

berbentuk advokasi yang merupakan platform

kepada masyarakat bagi menyampaikan maklumat

dan idea mengenai permasalahan berdasarkan isu

semasa yang sedang berlaku dalam masyarakat

setempat. Program advokasi ilmuwan ini merupakan

siri ke-9 dan diadakan di Universiti Malaysia Sarawak

(UNIMAS) sebagai tuan rumah dengan mengupas

isu “Sudah Sejahterakah Masyarakat Sarawak?”.

Selain itu, program penerangan mengenai

kepentingan dan objektif pelaksanaan Trans-

Pacific Partnership (TPPA) oleh Prof. Dr. Jamal

Othman, iaitu Timbalan Ketua Kluster Ekonomi dan

Pengurusan, MPN telah diadakan dan mendapat

sambutan yang baik daripada warga akademik

UNIMAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

(Cawangan Kuching) dan Politeknik (Cawangan

Sarawak).

Program ilmuwan pada hari berikutnya merupakan

kolaborasi antara tiga entiti, iaitu MPN, Kerajaan

Negeri Sarawak dan UNIMAS. Kerjasama ini

bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan

kesihatan, pertanian dan pembangunan sosial

kepada penduduk setempat bagi mendapatkan

khidmat nasihat pakar dalam bidang berkaitan

untuk menangani sebarang masalah yang dialami

oleh masyarakat setempat.

Majlis Perasmian Program Ilmuwan MPN bersama

Masyarakat ke Negeri Sarawak telah diadakan pada

29 Januari 2016 di Kampung Kaman Krokong Bau,

Kuching, Sarawak oleh YB Datuk Dr. Herip AK Susil,

Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak. Manakala

Majlis Penutup telah diadakan pada 30 Januari

2016 di Kampung Bunuk, Kuching, Sarawak oleh

YB Dato’ Sri Michael Manyin Anak Jawong.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!