25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 107

Penyalahgunaan Dadah dan

Cara Menanganinya di Sabah

Sesi perbincangan meja bulat ini telah diadakan bertujuan untuk

membincangkan senario masalah penyalahgunaan dadah narkotik dalam

kalangan masyarakat Malaysia dan seterusnya untuk mengusulkan strategi

bagi mengatasinya kepada pihak Kerajaan Malaysia.

Perbincangan ini telah dihadiri

oleh 25 orang termasuk daripada

Majlis Profesor Negara, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM),

Universiti Malaya (UM), Universiti

Putra Malaysia (UPM), Universiti

Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia

Sabah (UMS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia,

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Majlis

Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah,

Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri

Sabah. Perbincangan ini dipengerusikan bersama oleh Prof. Datuk Dr. Raduan

Che Rose, Ketua Pegawai Eksekutif MPN dan Prof. Dato’ Dr. Mahmood

Nazar Mohamed. Seramai 30 peserta terdiri daripada kalangan ahli akademik,

penganalisis politik, agensi kerajaan dan organisasi pemikir (think tanks)

menghadiri perbincangan meja bulat ini.

4 November 2016|

Balai Ilmuwan, MPN

Perbincangan ini mencapai konklusi bahawa tidak dinafikan

undang-undang baharu mengenai jenis dan kandungan

dadah adalah diperlukan pada masa ini memandangkan

jenis dadah semakin banyak. Dalam masa yang sama

pendidikan untuk menimbulkan kesedaran tentang

bahaya dadah perlu diteruskan. Prasarana dan

infrastruktur untuk mengesan penyeludupan dadah

juga perlu ditambah baik. Memandangkan usaha

memerangi penyalahgunaan dadah memerlukan

kos dan perbelanjaan secara berterusan, satu model

atau rangka kerja komprehensif mengenai sumber

kewangan perlu difikirkan supaya kelangsungan usaha

memerangi dadah dapat dijalankan dengan pembiayaan

yang minimum daripada pihak kerajaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!