25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 39

Tarikh Rakaman

29/1/2016

Tarikh Siaran

31/1/2016

Panel

Prof. Dr. Jamal Othman

Timbalan Ketua Kluster Ekonomi

dan Pengurusan, Majlis Profesor

Negara

Dr. Mohd Yusof Saari

Ahli Bersekutu Kluster Ekonomi

dan Pengurusan, Majlis Profesor

Negara

Kejatuhan Harga Minyak

Dunia & Ubah Suai Bajet 2016

Isu harga minyak yang turun secara mendadak sehingga menyebabkan

kerajaan terpaksa membuat semakan terhadap Bajet 2016 telah

menjadi topik pilihan untuk dibincangkan pada kali ini. Harga minyak

yang dahulunya mencecah pada harga USD100 setong pada 2014

kini terus menjunam lebih daripada 50 peratus dengan harga sekitar

USD30 setong.

Impak penurunan itu telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia

kerana secara signifikannya komponen pendapatan kerajaan

bersumberkan daripada industri petroleum. Keadaan ini menyebabkan

sumbangan dividen Petronas kepada pendapatan kerajaan semakin

berkurangan, sekiranya pada 2015 sekitar 14 peratus tahun ini sudah

pasti akan terus menurun dianggarkan sekitar tujuh hingga lapan

peratus sahaja. Keadaan ini menunjukkan negara tidak boleh lagi

bergantung pada petroleum sahaja tetapi mempelbagaikan sumber

pendapatan bagi memastikan kelestarian fiskal kerajaan untuk

menguruskan ekonomi negara dalam konteks bajet.

Komponen pendapatan negara tertumpu kepada dua sektor utama,

iaitu kelapa sawit dan minyak mentah. Kedua-dua sektor ini menjadi

pemacu ekonomi Malaysia. Dua sektor ini pula mempunyai dengan

sektor lain dalam memaju pertumbuhan ekonomi negara, jadi

sekiranya kedua-dua sektor ini terjejas sudah pasti ia akan memberi

kesan kepada sektor lain. Penurunan harga minyak ini sudah pasti

akan memberi kesan kepada Malaysia kerana 80 peratus eksport

negara adalah daripada sumber petroleum.

RON 95 RON 97 Diesel

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!