25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

42

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

10/3/2016

Tarikh siaran

13/3/2016

Panel

Prof. Dr. Maznah Dahlui

Ahli Kluster Perubatan

dan Sains Kesihatan,

Majlis Profesor Negara

Dr. Rafzah Ahmad Zaki

Pakar Kesihatan Awam, Jabatan

Perubatan dan Kemasyarakatan

Pencegahan, UM

Memahami Ancaman

Virus Zika

Ancaman virus Zika yang menular di benua Amerika telah

menggemparkan dunia terutama mengenai kesannya kepada bayi

dalam kandungan. Jika lahir, kepala bayi menjadi kecil dan menghidap

ketidakmatangan otak yang dipanggil mikrosefali seperti yang

dilaporkan di Brazil.

Para panelis menekankan betapa pentingnya pendedahan sebenar

diberikan kepada orang awam bagi mewujudkan kesedaran

mengenai amalan dan tindakan yang perlu dijalankan. Pada masa

sama, perbincangan ini juga turut mendedahkan perkembangan virus

tersebut pada masa ini. Apa yang paling penting adalah bagaimana

manusia menjalankan tanggungjawab memelihara dan menjaga

persekitaran setempat kerana nyamuk jenis sama bertanggungjawab

menyebar virus ini. Selagi vektor tersebut berada di Malaysia, selagi

itu risiko mengenai penularan virus ini perlu diberi perhatian. Dalam

hal ini, orang dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersedia

menghadapi virus ini.

Perubahan sikap dan tingkah laku manusia amat diperlukan dalam

menyelesaikan masalah ini memandangkan vektor bawaan virus

denggi dan Zika akan dapat dikurangkan dengan membasmi

tempat pembiakannya dan mewujudkan persekitaran bersih di

sesebuah komuniti. Panel menegaskan biarpun pihak Kementerian

Kesihatan telah mengeluarkan pelbagai mesej mengenai bahaya

nyamuk aedes ini tetapi bagaikan tiada impak untuk mengurangkan

penularan virus malah berlaku peningkatan bilangan kes

terutamanya di kawasan bandar.

Kawasan yang mempunyai kes denggi yang tinggi perlu diberi perhatian

kerana ia mungkin akan membawa penularan virus Zika biarpun masih

belum dikesan di negara ini. Pihak industri dan badan kerajaan dan

orang awam perlu sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang

kemungkinan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!