25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 81

Pilihan Raya Negeri

Sarawak: Isu dan

Perspektif

Seminar Pilihan Raya Negeri Sarawak: Isu dan Perspektif telah

diadakan pada 4 April 2016 (Isnin) bertempat di Dewan Zabedah,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Seminar ini adalah

anjuran bersama Projek Khas Nasional (Media, Demokrasi dan Sistem

Elektoral) MPN, Jabatan Sains Politik UIAM, Jabatan Komunikasi

UIAM dan Unit Penyelidikan Kajian Elektoral UIAM. Lebih 100 peserta

terdiri daripada kalangan ahli akademik, penganalisis politik, organisasi

pemikir (think tanks) dan pelajar menghadiri seminar ini.

Seminar ini diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11

(PRN11) yang merupakan pilihan raya negeri pertama buat YB Tan

Sri Adenan Satem setelah dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak

yang kelima pada 28 Februari

2014. Tujuan penganjuran

seminar adalah untuk mengupas

isu politik, sosial dan ekonomi

semasa di Sarawak, meninjau

persiapan parti politik dalam menghadapi PRN11, dan menilai senario

yang berkemungkinan terjadi sebelum, sewaktu dan selepas

PRN11 Sarawak, dan kesannya kepada wacana

pembangunan negeri dan perpaduan nasional.

Seminar ini berjaya menghimpunkan para

penyelidik dan pakar pilihan raya Sarawak

untuk membentangkan hasil kajian dan

pandangan mereka mengenai isu semasa

di negeri Sarawak dan persediaan parti

politik dalam menghadapi PRN11.

4 April 2016| UIAM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!