25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 41

Tarikh rakaman

25/2/2016

Tarikh siaran

28/2/2016

Panel

Prof. Datuk Dr. Raduan

Che Rose

Ketua Pegawai Eksekutif,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Durrishah Idrus

Setiausaha Kluster Governans,

Perundangan dan Pengurusan

Awam, Majlis Profesor Negara

Isu dan Cabaran Pengurusan

Pekerja Asing di Malaysia

Isu strategik negara yang menjadi pilihan Dialog Pemikir Negara

berhubung isu dan cabaran pengurusan pekerja asing di Malaysia.

Hanya dua perspektif yang wujud berhubung kehadiran pekerja asing

ke negara ini, iaitu positif ataupun negatif. Menyedari keperluan untuk

menjelaskan isu tersebut, progam Dialog Pemikir Negara tampil

dengan kupasan golongan ilmuwan bagi membicarakannya dengan

lebih mendalam. Isu kehadiran pekerja asing telah menjadi polemik

berpanjangan kepada negara dan pelbagai persepsi telah wujud

berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, kehadiran pekerja

asing untuk membantu memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara

tidak boleh dipertikaikan kerana mereka amat diperlukan untuk

mengisi ruang kekosongan dalam sektor pembinaan, pengilangan,

perladangan, pertanian dan perkhidmatan. Keadaan ini menunjukkan

Malaysia berkongsi keperluan yang sama terhadap tenaga pekerja

asing seperti Singapura (30 peratus atau 40 peratus) dan Qatar (70

hingga 80 peratus) bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

Sehingga kini dianggarkan terdapat sekitar 2.2 juta tenaga kerja asing

di Malaysia.

Namun angka tersebut diragukan oleh pelbagai pihak disebabkan

terdapat perspektif negatif berhubung kebanjiran golongan ini kerana

mereka menganggap jumlah sebenarnya adalah lebih. Ada juga

beranggapan bahawa benarkah pekerja asing berkenaan memasuki

sektor yang dibenarkan atau melencong daripada sektor yang

diberikan. Ini kerana rakyat menyedari kehadiran pekerja asing ini

berniaga di pasar malam dan membuka kedai serta terlibat dalam

beberapa kegiatan ekonomi lain lagi. Sudah pasti kebanjiran ini

mendatangkan ketidakselesaan kepada rakyat negara ini kerana

beranggapan peluang di tanah air sendiri diambil oleh orang luar.

Biarpun begitu, jumlah tersebut akan berlaku perubahan pada masa

hadapan memandangkan sering berlaku perubahan permintaan

daripada sektor kegiatan ekonomi negara. Justeru, perlu ada sistem

pengurusan pekerja asing yang lestari bagi memastikan wujudnya

persepsi positif terhadap pekerja asing dan daripada situ juga

semua pihak perlu menerima kewujudan sebuah statistik yang diakui

kesahihannya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!