25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 123

Kunjungan Hormat dan

Perkongsian Aspirasi MPN

bersama Universiti

Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia

18 Februari 2016 | UTHM

Satu Kunjungan Hormat dan Perkongsian Aspirasi Majlis Profesor

Negara bersama profesor dan profesor madya telah diadakan di

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 18 Februari

2016. Seramai 30 profesor dan 100 profesor madya telah hadir

dalam sesi perkongsian aspirasi yang telah disampaikan oleh

Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose.

Selain itu, pihak MPN telah berpeluang untuk mendengar maklum

balas yang diberikan oleh para profesor dan profesor madya terhadap

strategi penambahbaikan dalam menggembleng kepakaran yang ada

di UTHM bagi menambah nilai dalam pembangunan negara.

Dalam kunjungan tersebut juga, beberapa persetujuan telah dicapai,

iaitu pihak UTHM akan menubuhkan MPN Chapter UTHM dan

para profesor UTHM digalakkan untuk menyertai program anjuran

MPN khususnya berkaitan dengan kepakaran masing-masing demi

membantu kerajaan dalam membentuk polisi dan dasar baharu,

menangani isu strategi semasa pada masa yang sesuai dan turut

membantu dalam program lain untuk membangunkan negara, dan

pihak MPN dan UTHM akan bersama-sama melihat potensi untuk

melaksanakan program kerjasama strategik yang boleh memberi

faedah besar kepada masyarakat dan negara amnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!