25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

120

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Datuk Seri Dr.

Mohd Azhar Hj.

Yahaya

Ketua Setiausaha

Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

22 September 2016 | MOSTI

Majlis Profesor Negara telah

mengadakan kunjungan hormat ke

pejabat Ketua Setiausaha Kementerian

Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Kunjungan ini adalah untuk

menerangkan penubuhan

dan penstrukturan MPN serta

penjelasan fungsi dan objektif

MPN untuk menjalinkan hubungan

strategik bersama MOSTI.

Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Prof.

Datuk Dr. Raduan Che Rose mengetuai

kunjungan ini yang turut disertai oleh

Timbalan Setiausaha MPN, Prof. Dr.

Kamaruddin M. Said, Setiausaha Kluster

Ekonomi dan Pengurusan MPN, Prof.

Dr. Jamal Othman dan Ketua Pegawai

Operasi MPN, Puan Hazizah Wahab.

Datuk Harjeet Singh

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

17 Oktober 2016 | Balai Ilmuwan, MPN

Majlis Profesor Negara telah menerima kunjungan hormat

daripada Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam pada 7

Oktober 2016. Kunjungan yang diketuai oleh Datuk Harjeet

Singh selaku Ketua Pengarah dan disertai oleh beberapa

delegasi pegawai daripada agensi berkenaan, iaitu Tuan

Ibrahim Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), dan

YM Dato’ Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman, Pengarah

(Aduan). Pihak MPN pula ialah Prof. Datuk Dr. Raduan Che

Rose, Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Kamaruddin M. Said,

Timbalan Setiausaha, Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, Ketua

Kluster Perpaduan Nasional, Prof. Dr. Asan Ali Golam,

Setiausaha Kluster Ekonomi dan Pengurusan, dan Prof.

Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, Setiausaha Kluster Teknologi

Maklumat dan Komunikasi.

Biro Pengaduan Awam menyatakan hasrat untuk mendapatkan

khidmat nasihat MPN dalam meningkatkan mutu perkhidmatan

kepada orang awam. Selaras dengan perkembangan

dunia teknologi maklumat, agensi ini terpanggil untuk

membangunkan aplikasi bagi memudahkan pelanggan

mencapai perkhidmatan tersebut dan mempercepat proses

laporan pengaduan dan berharap dapat memperincikan

kerjasama dalam perkhimatan Information and Communication

Technology (ICT) bersama MPN.

Buat masa ini, pihak Biro Pengaduan Awam menggunakan

Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam

(iSPAAA) yang boleh dicapai melalui laman sesawang dan

bercadang untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang

semakin berkembang masa kini. Pihak Biro Pengaduan

Awam memohon pandangan dan khidmat nasihat

profesional daripada MPN terutamanya kepakaran profesor

dalam bidang IT dan kepakaran lain untuk melestarikan

mutu perkhidmatan mereka.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!