25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

v

PENGERUSI

Majlis Profesor Negara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

dan salam sejahtera.

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah serta kurnia-Nya buku Laporan

Tahunan 2016 Majlis Profesor Negara (MPN) ini

dapat dihasilkan. Buku yang merakamkan perjalanan

aktiviti dan program MPN sepanjang tahun 2016

ini adalah sebuah wadah perkongsian maklumat

dengan masyarakat awam dan seterusnya dapat

dijadikan bahan rujukan dalam usaha melakar masa

depan yang cerah bagi negara kita.

MPN yang sudah memasuki tahun keenam

penubuhannya telah menggerakkan pelbagai

program berimpak tinggi dengan melibatkan

golongan ilmuwan serta penggemblengan

ilmu pengetahuan, kepakaran dan idea bagi

memastikan Malaysia berada di atas landasan

betul menuju status negara maju. Justeru, MPN

telah menganjurkan kongres, forum, simposium,

perbincangan meja bulat (RTD), konvensyen dan

sesi dialog sebagai platfom untuk mengupas dan

mencari jalan penyelesaian isu strategik negara.

Antara isu strategik yang disentuh adalah

pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET),

isu dan cabaran pengurusan pekerja asing, dasar

perumahan negara, status profesor kontrak, isu

pilihan raya dan politik, wakaf pengajian tinggi,

keselamatan negara, kesihatan, bajet 2017 dan hal

ehwal antarabangsa. Selain itu, Program Advokasi

Ilmuwan dan Dialog Pemikir Negara yang menjadi

signature program juga telah menjadi ruang kepada

golongan ilmuwan untuk muncul di media elektronik

bagi mengupas pelbagai isu strategik negara untuk

dikongsikan dengan semua pihak. Tidak berhenti

di situ sahaja, golongan ilmuwan turut menjadi

rujukan bagi media massa dan pelbagai pihak untuk

mengupas pelbagai isu.

Dalam mendekatkan golongan ilmuwan dengan

rakyat, program khidmat sosial berkonsepkan

turun padang telah diadakan bukan sahaja untuk

menabur bakti malah menyelami masalah penduduk

setempat. Pada tahun 2016, negeri Sarawak dan

Terengganu telah menjadi lokasi pilihan MPN.

Dalam konteks antarabangsa, MPN turut meluaskan

kerjasama strategik dengan golongan ilmuwan

Indonesia melalui Assosiasi Profesor Indonesia

(API) bagi membolehkan perbincangan isu strategik

antara kedua-dua negara boleh dijalankan.

Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini

merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga

kepada para ilmuwan negara yang telah bersamasama

menjayakan program MPN sepanjang 2016.

Semoga buku laporan ini akan dapat dijadikan

rujukan oleh pihak berkepentingan dalam kerajaan,

agensi swasta, institusi korporat, pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) dan orang awam yang mahu

mengetahui aktiviti serta program pada 2016.

PROFESOR TAN SRI ZAKRI ABDUL HAMID

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!