25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 63

Hub Halal: Malaysia Berjaya?

30 Mac 2016 | UIAM

Program Advokasi Ilmuwan dengan tajuk “Hub Halal: Malaysia

Berjaya?” telah menampilkan tiga panel, iaitu Prof. Dato’ Sri Dr.

Zaleha Kamaruddin, Rektor UIAM; En. Mohd Roslan Mohd Saludin,

Pengurus Besar Syariah dan Pematuhan Halal QSR Brands Bhd.

dan Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Manakala, moderator untuk sesi

perbincangan kali ini adalah En. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Program ini telah mencapai rumusan bahawa kemudahan infrastruktur

yang telah disediakan perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin bagi

merealisasikan matlamat negara menjadi hub halal dunia menjelang

2020. Biarpun diiktiraf laporan State of The Global Islamic Economy

2015/2016 yang diterbitkan oleh Thomson Reuters & Dinar Standard

bahawa Malaysia menduduki tempat pertama daripada 15 negara

sebagai hub halal bagi tiga sektor, iaitu makanan, kewangan dan

pelancongan, perkara tersebut tidak mampu untuk terus menjamin

negara memperoleh manfaat daripada pasaran industri halal global.

Program ini telah

mencapai rumusan

bahawa kemudahan

infrastruktur yang

telah disediakan

perlu dimanfaatkan

semaksimum mungkin

bagi merealisasikan

matlamat negara

menjadi hub halal

dunia menjelang 2020

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!