25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

140

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Ilmuwan bersama

Masyarakat Terengganu

26 - 28 Mei 2016 | Terengganu

Program Ilmuwan MPN bersama Masyarakat di

Terenggganu telah diadakan pada 26-28 Mac 2016.

Ia merupakan kolaborasi antara tiga entiti, iaitu Majlis

Profesor Negara, Kerajaan Negeri Terengganu,

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan

Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kerjasama

ini bertujuan untuk memaksimumkan perkhidmatan

kesihatan, pendidikan, pertanian dan pembangunan

sosial kepada penduduk setempat. Hal ini bagi

mendapatkan khidmat nasihat pakar dalam bidang

berkaitan untuk menangani sebarang masalah yang

dialami oleh masyarakat setempat.

Tiga kawasan berbeza telah dipilih untuk program ini

bagi melihat dan mengkaji mengenai pembangunan

sosioekonomi dan budaya masyarakat di sekitar

negeri Terengganu, iaitu Kampung Bukit Wan, Kuala

Nerus, Kampung Pasir Akar, Besut dan Kampung

Sungai Berua, Kuala Berang.

Di samping itu, program bersama pelajar sekolah

yang mengambil peperiksaan awam seperti Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia

(STAM) di sekitar daerah Kuala Terengganu

turut diadakan di UniSZA dalam membantu dan

membimbing pelajar dalam menentukan haluan

mereka selepas tamat sekolah. Program ini

telah dikendalikan oleh Kluster Pendidikan dan

Pembanguan Modal Insan, MPN serta mendapat

kerjasama dan penajaan daripada penerbit buku

PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Program ini merupakan saluran dan medium

MPN sebagai pemikir negara untuk menyumbang

tenaga dan kepakaran yang ada kepada mereka

yang memerlukan khususnya kepada masyarakat

setempat. Secara tidak langsung, masyarakat akan

memperoleh khidmat daripada pakar dalam bidang

berkaitan berkonsepkan “turun padang” secara

percuma.

Program Perasmian Penutup telah diadakan pada

27 Mei 2016 yang disempurnakan oleh YB Dato’

Wan Nawawi Hj. Wan Ismail, Pegawai Kewangan

Negeri Terengganu.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!