25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 55

Tarikh rakaman

7/10/2016

Tarikh siaran

9/10/2016

Panel

Prof. Dr. Ruhanas Harun

Ahli Kluster Politik, Keselamatan

dan Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Prof. Madya Sr. Azmi Hassan

Ahli Bersekutu Politik,

Keselamatan dan Hal

Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Pilihan Raya Presiden

Amerika Syarikat

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) menjadi topik

perbincangan program Dialog Pemikir Negara pada kali ini kerana

semua mata di dunia tertumpu kepada negara kuasa besar ini.

Persaingan antara Donald Trump dan Hillary Clinton yang mewakili

Republikan dan Demokrat menjadi semakin hangat menjelang tarikh

pilihan raya pada 8 November 2016.

Piihan Raya Presiden pada kali ini menampilkan kelainan berbanding

sebelum ini kerana ia membuka ruang kepada rakyat dan negara

AS untuk memilih seorang wanita sebagai presiden. Sudah tentu

pelantikan ini akan mencipta satu rekod istimewa bagi golongan

wanita di negara kuasa besar itu. Ini adalah kerana rekod negara

tersebut terhadap kesamaan hak wanita amat mengecewakan.

Terdapat banyak kes diskriminasi terhadap wanita yang berlaku di

negara tersebut termasuk di tempat kerja, universiti dan sekolah.

Hillary Clinton merupakan nama yang sering disebut sebagai wanita

pertama yang dijangka akan menjawat jawatan presiden AS sejak

beliau bertanding menentang Barack Obama dalam pemilihan calon

demokrat untuk pilihan raya Presiden 2008. Di sini timbul persoalan

sama ada Clinton layak mewakili rakyat AS, terutama golongan wanita,

sebagai presiden wanita pertama AS.

Bagi Trump pula, beliau sering dianggap oleh rakyat Amerika yang

berpendidikan sebagai calon yang amat memalukan untuk mewakili

rakyat atau negara itu kerana kelihatan kenyataannya tidak kena pada

tempat dan menimbulkan kemarahan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi.

beliau tidak begitu banyak pengalaman dalam bidang pentadbiran

dan politik.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!