25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 115

YB Dato’ Sri Mustapa

Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

6 Januari 2016 | UKM

Jerayawara TPPA ini telah dicadangkan semasa

penemuan di antara Majlis Profesor Negara dan

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Industri (MITI), YB Dato’ Sri Mustapa

Mohamed pada 9 Disember 2015. Ia merupakan

usaha sama MPN bersama MITI dalam memberi

penerangan kepada masyarakat khususnya

golongan elit akademik mengenai TPPA.

Objektif program ini diadakan adalah untuk

memperjelas sumbangan dan kebaikan Perjanjian

Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada

masyarakat khususnya golongan elit dan ahli

akademik di 20 institusi pengajian tinggi awam

(IPTA) seluruh Malaysia. Program ini diadakan

bertujuan untuk memberi gambaran jelas mengenai

kepentingan pelaksanaan perjanjian itu dan

dapat dilihat dalam skala lebih besar. Cadangan

akan dibuat mengikut IPTA dan menjadikan IPTA

sebagai hos bersama untuk penganjuran. Peserta

merupakan semua ahli akademik universiti tersebut

serta ahli akademik daripada institusi pengajian

lain seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.

Program ini memberi impak yang besar kepada

masyarakat khususnya golongan elit dan ahli

akademik. Mereka dapat menerima input dan

penerangan mengenai sumbangan dan kebaikan

TPPA serta memperoleh gambaran yang lebih jelas

berhubung isu yang berkenaan.

YAB Dato’ Seri

Dr. Ahmad Zahid

Hamidi

Timbalan Perdana Menteri

11 Februari 2016 | Kementerian Dalam Negeri

Kluster Politik, Keselamatan, dan Hal Ehwal

Antarabangsa Majlis Profesor Negara yang

diketuai oleh Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed

Mustafa Ishak telah dipertanggungjawabkan

untuk membantu Kementerian Dalam Negeri

(KDN) membentuk Dasar Keselamatan Dalam

Negeri (DKDN).

Objektif utama penggubalan DKDN adalah untuk

menjamin kewujudan (survival) Malaysia sebagai

sebuah negara melalui kesepaduan dan ketahanan

nasional berteraskan prinsip Perlembagaan

Persekutuan, Rukun Negara dan amalan demokrasi

ke arah kesatuan nasional (national cohesion),

kedaulatan negara (national sovereignty), integrasi

wilayah (territorial integration), ketenteraman

awam (public order) dan kestabilan politik (political

stability).

Kemuncak kepada penggubalan DKDN,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan

buku Dasar Keselamatan Dalam Negeri (DKDN)

pada 11 Februari 2016 yang merupakan satu dasar

komprehensif yang menumpukan kepada aspek

keselamatan dalam negeri dan ketenteraman

awam. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri

Dalam Negeri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid

Hamidi bertempat di Auditorium D8, Kompleks

D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Putrajaya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!