25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 49

Tarikh Rakaman

16/6/2016

Tarikh Siaran

19/6/2016

Panel

Prof. Dr. Ghizan Salleh

Ketua Kluster Pertanian

dan Makanan,

Majlis Profesor Negara

Prof. Datin Paduka Dr.

Fatimah Mohamed Arshad

Ahli Jawatankuasa Kluster

Pertanian dan Makanan,

Majlis Profesor Negara

Sekuriti Makanan Negara

Sesi Dialog Pemikir Negara pada sesi ini tertumpu kepada polemik

Sekuriti Makanan Negara. Isu yang dibincangkan dalam sesi ini

tertumpu kepada soal kadar pengeluaran tanaman makanan tidak

mencukupi, produktiviti rendah dan kekurangan teknologi pertanian

sehingga menyebabkan Malaysia terpaksa mengimport sumber

makanan daripada luar. Pertumbuhan sektor pertanian makanan di

negara ini sangat perlahan kerana sektor ini seolah-olah diketepikan

berbanding tanaman pertanian komoditi terutamanya kelapa sawit.

Keadaan ini sangat merugikan kerana Malaysia adalah negara yang

kaya dengan biodiversiti di dunia, pelaburan dalam sektor pertanian

ini sebenarnya juga membawa pelaburan malah mencipta peluang

pekerjaaan.

Selain itu, perlu diberi perhatian bahawa keluasan tanah subur

yang Malaysia miliki untuk menampung pengeluaran makanan yang

kurang daripada satu juta hektar yang kini tinggal hanya 700,000

hektar, manakala lebih 80 peratus tanah pertanian di negara ini

diperuntukkan untuk penanaman kelapa sawit disebabkan tumbuhan

komoditi tersebut mendapatkan permintaan yang meluas. Para

panelis mengingatkan sektor pertanian komoditi sememangnya

dilihat mampu menjana sumber pulangan tetapi pada sama turut

menyebabkan sektor bekalan makanan negara berkurang dan tanpa

disedari menyaksikan wang negara mengalir keluar untuk mengimport

sumber makanan daripada luar.

Dalam pada itu, panel menjelaskan negara seperti Jepun, Amerika

Syarikat dan Eropah memberikan subsidi kepada sektor pertanian

mereka. Kesan ini menurut ahli ekonomi akan menyebabkan harga

produk menjadi murah dan memberi alasan kepada negara Afrika,

Asia, India dan termasuk Malaysia untuk membuat pengimportan.

Kebergantungan pada sektor makanan daripada luar akan

menyebabkan sebarang kenaikan harga pada pasaran petrol dan

pasaran berkaitan akan memberi kesan kepada rantaian dalam sektor

pengeluaran makanan. Ini tidak termasuk senarai bijirin, baka ternakan,

baja, racun, jentera dan buruh lagi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!