25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Membitarai Transformasi Negara 141

Semarak Kasih MPN bersama

Anak Yatim

17 Jun 2016 | Hotel Bangi-Putrajaya

Program Iftar Semarak Kasih Majlis Profesor Negara bersama Anak Yatim telah

diadakan pada 17 Jun 2016 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor dan

telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, YB Menteri Pendidikan

Tinggi. Program ini telah menghimpunkan para profesor dan anak yatim

daripada beberapa rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang.

Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada para profesor bagi

memenuhi tanggungjawab sosial serta mengeratkan hubungan dan ikatan

kekeluargaan serta mampu mewujudkan persekitaran yang harmoni.

Kluster Perubatan dan Sains Kesihatan merupakan kluster yang telah banyak

memberikan sumbangan perkhidmatan saringan kesihatan dan ceramah

kepada anak yatim ini. Sebagai salah satu kluster yang memainkan peranan

yang penting untuk menjayakan program iftar ini, Kluster Perubatan juga telah

menghantar sekumpulan ahli sukarelawan untuk bersama-sama membantu

menjayakan program tersebut.

Jumlah tetamu yang hadir adalah seramai 450 orang yang terdiri daripada 302

anak yatim dan 20 penjaga rumah (156 orang anak perempuan dan 148 orang

anak lelaki) daripada empat rumah anak yatim sekitar Lembah Klang bersama

44 profesor.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!