25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

134

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

MAJLIS WATIKAH

PELANTIKAN EXCO MPN SESI

2016-2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Baharu MPN

14 Oktober 2016 | Balai Ilmuwan, MPN

Majlis Profesor Negara terus memperkukuh barisan kepimpinan tertingginya

apabila seramai 16 ketua kluster mengikut kepakaran bidang masing-masing

dilantik bagi Sesi 2016-2018. Pelantikan ini selaras untuk menggerakkan badan

pemikir negara bagi membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat sekali gus

memacu kemajuan negara. Pelantikan ketua kluster tersebut telah dibuat oleh

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan akan berkuat

kuasa mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2018.

Bagi memberi penghormatan dan penganugerahan kepada pelantikan bagi Sesi

2016-2018 ini, satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Exco Baharu telah

diadakan pada 14 Oktober 2016 bertempat di MPN yang disempurnakan oleh

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh. Pelantikan baharu ini akan

meneruskan tradisi kecemerlangan MPN yang menghimpunkan sehingga kini

lebih kurang 6,600 ahli profesor dan ahli bersekutu daripada institusi pengajian

tinggi dan industri dalam memberi sumbangan idea kepada pembangunan

strategik negara.

Sejak ditubuhkan pada 2010, MPN bergiat aktif dengan menganjurkan

program berimpak tinggi dalam membantu kerajaan untuk merungkai pelbagai

isu dan masalah nasional. MPN juga akan sentiasa bersama kerajaan ketika

berhadapan dengan kemelut dan cabaran yang dihadapi negara terutamanya

dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu sama ada di peringkat

nasional mahupun antarabangsa.

Pada masa sama, seramai 20 Pengerusi Majlis Chapter Universiti dilantik untuk

mewakili 20 universiti di seluruh negara bagi memperkasakan fungsi MPN.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!