25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 125

Universiti Pendidikan

Sultan Idris

18 April 2016 | UPSI

Meneruskan tradisi menjelajah ke setiap Universiti

Awam di Malaysia, Majlis Profesor Negara melalui

program sesi Kunjungan Hormat dan Perkongsian

Aspirasi telah pergi ke satu-satunya universiti

berfokus ke arah pendidikan, iaitu Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 18 April 2016.

Sesi kunjungan hormat ini merupakan yang ke-19

dan telah diketuai oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che

Rose, Ketua Pegawai Eksekutif MPN, dan turut

disertai oleh pegawai tertinggi MPN dan beberapa

profesor yang mewakili kluster, iaitu Prof. Dr. Ghizan

Saleh, Ketua Kluster Pertanian dan Makanan, Prof.

Dato’ Dr. Abdul Razak Salleh, Setiausaha Kluster

Sains dan Matematik, Prof. Dr. Masjuki Hj. Hassan,

Setiausaha Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan

Alam Bina.

Sesi dimulakan dengan UPSI menerangkan

perincian perancangan projek yang sedang

dilaksanakan oleh UPSI untuk membina

kampus dan kemudahan baharu selaras dengan

perancangan kerajaan yang mahu menjadikan

kawasan Tanjung Malim sebagai 1 Youth City

Centre seperti pembinaan hotel dan pusat

sukan di Kampus Baharu Sultan Azlan Shah

serta pembinaan lapangan trek motorcross.

Selari dengan perjalanan masa juga, pihak UPSI

bertindak mahu kekal relevan dan realistik dalam

penawaran kursus di mana beberapa kursus

yang mendapat permintaan tinggi daripada pihak

industri seperti kursus gamifikasi dan animasi

akan ditawarkan di sini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!