25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Membitarai Transformasi Negara 53

Tarikh rakaman

9/9/2016

Tarikh siaran

11/9/2016

Panel

Prof. Dr. Maznah Dahlui

Ahli Kluster Perubatan

dan Sains Kesihatan,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Lucy Lum Chai See

Ahli Kluster Perubatan

dan Sains Kesihatan,

Majlis Profesor Negara

Langkah Pencegahan

Virus Zika

Penularan virus Zika di rantau Asia Tenggara telah menyebabkan

rakyat negara ini semakin panik kerana jumlah kes semakin meningkat

dari semasa ke semasa. Paling membimbangkan perkara yang semua

tidak mahukan iaitu kewujudan pertama kes jangkitan virus tersebut

di Malaysia.

Bagi meredakan kebimbangan tersebut, program Dialog Pemikir

Negara tampil untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Panel

memberikan penjelasan analisis penularan virus Zika dan memahami

penyebarannya dalam keadaan semasa. Pada masa sama, para

panel memberi kupasan terhadap isu dan latar belakang kes Zika

yang menjadi topik tumpuan negara ASEAN memandangkan semua

kawasan di rantau ini terdedah kepada penularan virus tersebut.

Pendekatan dan kaedah untuk mencegah penularan virus Zika ini

turut disentuh oleh panel bagi memberi penjelasan mendalam kepada

rakyat yang semestinya mahu mengelakkan perkara tidak diingini

berlaku dalam kalangan sesiapa sahaja di kawasan penempatan

masing-masing. Golongan yang berisiko terhadap virus ini juga

dibincangkan dan apa masyarakat perlu lakukan.

Sikap dan tingkah laku manusia dalam mengekang penularan virus

ini turut mendapat perhatian para panel untuk diketengahkan kepada

para penonton. Kesedaran mengenai bahaya penularan virus Zika ini

adalah tidak mencukupi sebaliknya perlu ada perubahan sikap untuk

mewujudkan persekitaran yang selamat dan bersih daripada ancaman

nyamuk membahayakan ini.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!