25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

100

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Isu Buli di Sekolah

Perbincangan meja bulat (RTD) pada 25 Oktober 2016 ini diadakan di Balai

Ilmuwan, Majlis Profesor Negara untuk melihat masalah buli yang semakin

kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Justeru, MPN mengambil inisiatif

untuk membincangkan kes berkenaan. RTD ini telah menyaksikan sebuah

pembentangan mengenai buli

diberikan oleh Prof. Datin

Dr. Noran Fauziah Yaakub,

Profesor Fakulti Kesihatan Sains

Bersekutu, Cyberjaya University

College of Medical Sciences

(CUCMS) dan penglibatan wakil industri, Puan Jasmine Begum, Pengarah

Perundangan, Perhubungan, Korporat dan Kerajaan Microsoft Malaysia yang

berkongsi mengenai tanggungjawab khidmat sosial yang telah diberikan oleh

Microsoft Malaysia kepada bidang pendidikan negara.

25 Oktober 2016|

Balai Ilmuwan, MPN

Konsep kes buli ini dibincangkan ini dengan melihat jenis buli yang berlaku di

sekolah, antaranya melalui fizikal, bahasa pembulian, isyarat pembulian, peras

ugut dan bentuk pembulian secara siber. Dalam perbincangan ini juga, kriteria

pembeli dilihat seperti bersikap agresif, suka terlibat dalam aktiviti vandalisme

dan termasuk juga suka melanggar peraturan. Pembulian harus dilihat dari

sudut psikologi dan bukan fizikal semata-mata. Para peserta menyentuh

mengenai hak perlindungan dalam Artikel 19 dalam Konvensyen Mengenai

Hak Kanak-kanak (CRC) yang menyatakan keperluan kanak-kanak

untuk mendapat perlindungan dan bagaimana implikasi buli

kepada hak kanak-kanak. Pada masa sama, fakta terhadap

kes buli turut dikongsikan dalam perbincangan ini yang

mendedahkan berlakunya kes buli dalam setiap 25 minit

di dalam bilik darjah.

Inti pati perbincangan turut menyenaraikan kesan

buli kepada pelajar, antaranya hilang minat untuk

belajar dan tidak mahu hadir ke sekolah, mempunyai

masalah untuk menyiapkan kerja sekolah, mereka

yang dibuli merasakan mempunyai harga diri

yang rendah, tidak mempunyai kawan di sekolah,

sentiasa berada dalam keadaan risau, menghidap

insomnia dan paling buruk mempunyai niat untuk

membunuh diri.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!