25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

46

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

19/5/2016

Tarikh siaran

22/5/2016

Panel

Tan Sri Shahrir Samad

Ahli Parlimen Johor Bahru

merangkap Pengerusi

Kelab Penyokong Kerajaan

Barisan Nasional (BNBBC)

Prof. Ulung Datuk Dr.

Shamsul Amri Baharuddin

Timbalan Pengerusi,

Majlis Profesor Negara

Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal

Nik Mahmood

Ketua Kluster Governans,

Perundangan dan

Pengurusan Awam,

Majlis Profesor Negara

Impak Sosial, Politik serta

Peranan Jawatankuasa Kira-

Kira Wang Negara (PAC)

Isu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atau Public Account

Committee menjadi topik pilihan untuk diketengahkan dalam

program Dialog Pemikir Negara pada kali ini. Pemilihan topik ini

dibuat setelah pelbagai persoalan dibangkitkan berhubung peranan

yang dimainkan oleh PAC dalam melihat dan memeriksa tadbir urus

kewangan negara dalam pelbagai isu termasuklah syarikat pelaburan

strategik negara, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Isu pada kali ini melihat bagaimana peranan PAC dalam memberi

impak kepada sudut sosial, politik dan ekonomi memandangkan PAC

merupakan sebahagian daripada proses semak dan imbang mengenai

perbelanjaan awam negara. Antara isu yang dikupas mengenai

PAC ini adalah berhubung dakwaan pelbagai pihak yang menuduh

jawatankuasa Parlimen itu seolah-olah gagal untuk menjalankan

pemeriksaan untuk meneliti perbelanjaan kewangan negara.

Pada masa sama, sesi perbincangan ini menerangkan mengenai

kekeliruan pelbagai pihak mengenai kuasa yang dimiliki oleh PAC

dengan jabatan lain yang turut terlibat dengan proses semakan

kewangan negara ini seperti Jabatan Audit Negara. Perlu diingatkan,

PAC ini tertubuh dalam semua Parlimen dalam negara yang

mengamalkan sistem pemerintahan secara Komanwel. Integriti dan

ketelusan laporan yang dikeluarkan oleh PAC juga menjadi perkara

disentuh panel dari aspek keahlian PAC yang turut melibatkan wakil

daripada pakatan pembangkang. Keterbukaan ini adalah untuk

memastikan rakyat tidak melihat adanya unsur berat sebelah dalam

proses semakan pengurusan dana negara sekiranya ahli jawatankuasa

hanya dimonopoli oleh wakil Barisan Nasional (BN) semata-mata.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!