25.05.2018 Views

Laporan Tahunan MPN 2016

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

50

Laporan Tahunan MAJLIS PROFESOR NEGARA 2016

Tarikh rakaman

14/7/2016

Tarikh siaran

17/7/2016

Panel

Prof. Dr. Kamarulnizam

Abdullah

Ahli Jawatankuasa Kluster

Politik, Keselamatan dan

Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Dr. Mazlee Malik

Ahli Bersekutu Kluster

Politik, Keselamatan dan

Hal Ehwal Antarabangsa,

Majlis Profesor Negara

Ancaman Daesh

Ancaman Daesh menjadi topik pilihan untuk program Dialog Pemikir

Negara pada kali ini. Keseriusan ancaman daripada golongan

ekstremisme agama ini dengan cuba memporak-perandakan

keharmonian negara ini telah menjadi perhatian untuk dijadikan

sebagai satu kupasan strategik. Pihak golongan pelampau ini dilihat

semakin berani memberi amaran kepada pihak berkuasa Malaysia

mengenai keupayaan mereka untuk menyerang negara ini.

Para panel menyentuh mengenai keseriusan ancaman pihak

pelampau ini untuk mendatangkan bahaya kepada negara. Kupasan

isu antarabangsa ini ternyata bertepatan dengan kehendak rakyat

yang mahukan penjelasan lanjut dan mendalam mengenai bahaya

kumpulan pengganas tersebut memandangkan mereka sanggup

melakukan apa sahaja kononnya atas nama Islam. Sasaran Daesh

bukan sahaja kuasa Barat malah semua negara Islam yang dilihat

tidak selari dengan perjuangan jihadnya. Bagi Malaysia, ancaman

Daesh mencetuskan fenomena yang begitu membimbangkan

kerana pengaruhnya agak berbeza ditambah dengan kempen puak

pengganas menggunakan media sosial untuk mempengaruhi rakyat

tempat berjuang atas nama Islam.

Di samping itu, para panel menjelaskan kumpulan pengganas Daesh

telah memberikan satu perkembangan yang menarik dari segi strategi

balas masyarakat antarabangsa terhadap ancaman keganasan masa

kini. Kumpulan pengganas ini juga membentuk dimensi baharu

ancaman terhadap kestabilan politik antarabangsa. Yang lebih penting

ialah Malaysia bukan lagi sebuah negara transit tetapi juga salah satu

negara sasaran kepada serangan Daesh.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!