02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

v) Seksyen 36 Akta Pengambilan Tanah 1960 -

Rujukan Kepada Mahkamah

Pentadbir Tanah boleh membuat rujukan kes pengambilan tanah

kepada Mahkamah atas kehendaknya sendiri atau atas bantahan

orang yang berkepentingan dari segi jumlah pampasan dan

menentukan pihak yang layak ke atas pampasan tersebut.

Pentadbir Tanah perlu mendapat perintah Mahkamah sebelum

tamat tempoh penwartaan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan

Tanah 1960.

36.1.3 Proses Pengambilan

Proses pengambilan tanah melibatkan perkara seperti permohonan,

penwartaan, siasatan, pembayaran pampasan, pemberian milik dan

rujukan ke Mahkamah. Setiap permohonan pengambilan tanah akan

dikemukakan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk diproses.

Jabatan Teknikal dan Agensi Utiliti dikehendaki memberikan ulasan

berkenaan dengan kesesuaian tanah untuk projek pembangunan

dalam tempoh 2 minggu. Selepas laporan diterima, kertas Majlis

Mesyuarat Kerajaan akan disediakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah

dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat

Tanah dan Galian untuk kelulusan. Penwartaan di bawah Seksyen 4

dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 membenarkan Pejabat

ini menjalankan siasatan dari segi kesesuaian tanah bagi sesuatu

projek.

Seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah 1960 menetapkan keperluan

menjalankan siasatan untuk menentukan jumlah dan pembahagian

wang pampasan. Siasatan ini perlu dijalankan oleh pegawai-pegawai

yang dilantik setelah penwartaan selesai dibuat. Keputusan mengenai

jumlah pampasan yang akan dibayar kepada tuan tanah dan bayaran

ex-gratia (bayaran pampasan kepada pemilik bangunan) adalah

berpandukan kepada nilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan

121

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!