02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

PENGURUSAN PUNGUTAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT

44. LATAR BELAKANG

Pengurusan zakat di Negeri Pulau Pinang ditadbir oleh Majlis Agama Islam

Negeri Pulau Pinang (Majlis) yang ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal-

Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1993 (Enakmen). Dalam hal ini, Majlis telah

mengeluarkan Peraturan-peraturan Pungutan Zakat Dan Fitrah Negeri Pulau Pinang

1979 bertujuan untuk mentadbir dan mengurus zakat selaras dengan hukum syarak.

Zakat terbahagi kepada 2 jenis iaitu Zakat Harta dan Zakat Fitrah. Bagi melancarkan

operasi kutipan zakat, Majlis telah mengadakan kaunter zakat yang dikenali sebagai

Pusat Urus Zakat Majlis bagi tujuan pungutan zakat. Pada awal Jun 1994, Majlis telah

menswastakan urusan pungutan zakat kepada Syarikat Subsidiari Majlis. Pada bulan

Mac 1999 pula, Syarikat Subsidiari Majlis telah diberi tanggungjawab untuk

menguruskan pengagihan zakat kepada 8 asnaf. Asnaf yang dimaksudkan adalah

fakir, miskin, amil, saudara baru (muallaf), hamba yang ingin dimerdekakan (ar-riqab),

siberhutang (gharimin), orang yang berjuang di jalan Allah (fisabillillah) dan musafir

yang terputus bekalan (ibnu sabil). Bagi tempoh 2001 hingga 2002, sejumlah RM33.28

juta zakat telah dipungut dan sejumlah RM25.86 juta telah diagihkan kepada asnaf

tersebut.

45. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Objektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan

pungutan dan pengagihan zakat telah diuruskan dengan cekap, teratur dan mencapai

matlamatnya.

156

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!