02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

42.3.4 Kawalan Perolehan

Arahan Perbendaharaan 170 menetapkan bahawa setiap perolehan

bernilai antara RM50,000 hingga RM200,000 setahun hendaklah

dibuat dengan mempelawa sebut harga. Perolehan bagi kerja

pembaikan kecil secara requisition bernilai antara RM10,000 hingga

RM20,000 hendaklah juga dipelawa secara sebut harga. Sebarang

pengecualian daripada peraturan tersebut hendaklah mendapat

kelulusan Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu. Selain itu, semua

perolehan yang dibuat haruslah mematuhi peraturan kewangan yang

berkuat kuasa. Semakan Audit mendapati Lembaga tidak mematuhi

peraturan dalam membuat perolehan seperti berikut:

i) Pemberian kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan kepada

sebuah syarikat bernilai RM50,798 untuk tempoh Januari hingga

Disember 2002 telah dibuat secara lantikan terus tanpa melalui

proses sebut harga. Perolehan perkhidmatan kawalan

keselamatan ini juga tidak dirujuk terlebih dahulu kepada

Kementerian Dalam Negeri sebelum diuruskan. Manakala

perjanjian antara Lembaga dan pembekal telah dibuat tetapi tidak

disetemkan.

ii)

Kerja membekal dan memasang 4 unit alat penghawa dingin di

Dewan Sri Pinang dan Muzium berjumlah RM24,250 tidak dirujuk

terlebih dahulu kepada Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,

Jabatan Kerja Raya bagi memastikan pemasangan alat

penghawa dingin tersebut sesuai dan tidak mengganggu struktur

bangunan.

42.3.5 Daftar Bil

Arahan Perbendaharaan 103 menghendaki Ketua Jabatan

menyelenggara satu Daftar Bil bagi memastikan semua bil dijelaskan

dengan segera iaitu dalam tempoh sebulan dari tarikh bil diterima.

151

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!