02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

modal yang dilaksanakan pada tahun 2002 tidak direkodkan di

ruangan Jadual Penyelenggaraan Daftar Harta Modal.

17.5.2 Daftar Inventori

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991 Daftar

Inventori adalah bagi merekod barangan tidak luak yang bernilai

kurang dari RM500 satu unit pada masa pembelian/perolehan.

Bagaimanapun, barangan seperti permaidani dan langsir serta pinggan

mangkuk adalah termasuk dalam kategori inventori walaupun nilai

perolehan melebihi RM500. Pemeriksaan terhadap Daftar Inventori

mendapati ia diselenggara dengan kemas kini. Semua ruangan diisi

dan ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab.

17.5.3 Daftar Stok Bekalan Pejabat

Bekalan pejabat ialah semua barang luak termasuk alat tulis serta

kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomik

untuk dikesan penempatannya secara satu persatu. Daftar Stok

Bekalan Pejabat adalah untuk merekod segala perolehan dan

penggunaan bekalan pejabat. Semakan Audit mendapati ruangan

keluaran sahaja direkodkan bagi sejumlah 21 barangan. Selain itu,

terdapat perbezaan baki fizikal dengan baki yang tercatat di Daftar

Stok Bekalan Pejabat bagi sejumlah 14 barangan yang disemak.

17.5.4 Pemeriksaan Tahunan

Pemeriksaan terhadap harta modal dan inventori perlu dilakukan bagi

memastikan bahawa baki fizikal sentiasa bersamaan dengan baki

dalam daftar. Ia juga memudahkan Pegawai Pengawal untuk membuat

pertimbangan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap

sesuatu harta modal yang usang/rosak. Selain itu, pemeriksaan

tahunan juga adalah bagi memastikan sebarang penyelenggaraan

dan/atau kerja pembaikan yang sewajarnya dijalankan. Perenggan

238, Panduan Tatacara Pengurusan Stor menyatakan semua harta

modal dan inventori hendaklah diperiksa dengan daftar berkenaan oleh

Ketua Pejabat sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 tahun. Pihak

61

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!