02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

56.3 PEMANTAUAN

Pemantauan secara sistematik dan berterusan terhadap pengurusan tanah dan

bangunan Majlis dari segi sewaan, pajakan dan projek awam adalah penting

bagi memastikan Majlis memperolehi hasil yang maksimum dan mengelakkan

daripada mengalami kerugian. Pemeriksaan Audit mendapati Majlis telah

mewujudkan Panel Pengurusan Hartanah dan Jawatankuasa Tetap Hartanah

demi menjamin hartanah Majlis diguna secara optimum dan menyelaras aktiviti

pengurusan hartanah yang dijalankan oleh beberapa Jabatan Majlis. Panel dan

Jawatankuasa Tetap ini memperakukan peruntukan kewangan, aspek

penyelenggaraan bangunan dan tanah Majlis, pendapatan sewa, rayuan

penguatkuasaan, syarat perjanjian penyewaan dan semua isu yang berkaitan

dengan pengurusan hartanah Majlis. Panel Pengurusan Hartanah dianggotai

oleh Setiausaha Perbandaran sebagai Pengerusi, dan Pengarah Kewangan

sebagai Pengerusi gantian. Ahlinya adalah terdiri daripada Pengarah Undangundang,

Ketua Penolong Setiausaha dan Ketua Unit Perkhidmatan Hartanah.

Jawatankuasa Hartanah pula dianggotai oleh Ahli Majlis. Memandangkan Unit

ini baru diwujudkan dan kekurangan kakitangan, pemantauan terhadap tanah

dan bangunan Majlis tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras

dengan keputusan yang dibuat oleh Panel Pengurusan dan Jawatankuasa

Tetap Hartanah tersebut. Pihak Majlis hendaklah mengurus dan mengawasi

tanah miliknya daripada dicerobohi. Pegawai dari Unit Perkhidmatan Hartanah

hendaklah meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan

tanah Majlis daripada dicerobohi dengan sewenangnya.

Majlis pada keseluruhannya mempunyai sistem pemantauan yang

mencukupi melalui penubuhan Panel Pengurusan Hartanah dan

Jawatankuasa Tetap Hartanah. Bagaimanapun, pelaksanaan terhadap

keputusan yang dibuat oleh Panel dan Jawatankuasa tersebut tidak dapat

dijalankan dengan berkesan oleh Unit ini kerana kekurangan kakitangan

untuk membuat penguatkuasaan.

210

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!