Untitled - Jabatan Audit Negara

audit.gov.my

Untitled - Jabatan Audit Negara

Pada pendapat Audit, secara keseluruhannya kawalan terhadap kutipan

hasil adalah memuaskan.

9.3 KAWALAN PERBELANJAAN

Pada tahun 2002, peruntukan perbelanjaan mengurus berjumlah RM289.21

juta manakala perbelanjaan sebenar berjumlah RM248.66 juta. Peruntukan

perbelanjaan pembangunan pula berjumlah RM199.22 juta dan perbelanjaan

pembangunan sebenar berjumlah RM93.84 juta. Pemeriksaan Audit mendapati

kawalan perbelanjaan memuaskan kecuali kelemahan berikut:

9.3.1 Baucar Bayaran

Sepanjang tahun 2002, pembayaran berjumlah RM356.41 juta telah

dibuat melalui 39,074 baucar bayaran. Daripada jumlah tersebut,

sebanyak 1,977 baucar berjumlah RM166.32 juta telah dipilih untuk

disemak dan adalah didapati pada keseluruhannya pembayaran yang

dibuat adalah teratur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kecuali

perkara berikut:

i) Sebanyak 8 baucar bernilai RM252,392 tidak dikemukakan

kepada Jabatan Audit Negara.

ii)

Sebanyak 22 baucar bernilai RM40,630 tidak disokong dengan

dokumen sokongan yang lengkap.

iii)

Sebanyak 6 baucar bernilai RM148,946 telah dikenakan ke

peruntukan yang salah.

iv)

Sebanyak 44 inden kerja yang dikepilkan kepada baucar bayaran

bernilai RM1.08 juta tidak dicatat tempoh siap kerja.

v) Sebanyak 5 baucar mengenai wang untuk dibahagikan bernilai

RM54,570 tidak diperakui dengan sempurna.

24

More magazines by this user
Similar magazines