02.06.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Akta

Pengambilan Tanah 1960 yang membenarkan penwartaan di

bawah Seksyen 4 hanya bagi tanah yang perlu dibuat kajian

awal sahaja. Penwartaan ini telah dibuat dalam tempoh

masa yang dibenarkan di bawah Seksyen 4 Akta

Pengambilan Tanah 1960.

d) Penwartaan Di Bawah Seksyen 8

Pengisytiharan di bawah Seksyen 8 dibuat setelah kertas

Majlis Mesyuarat Kerajaan diluluskan oleh Pihak Berkuasa

Negeri dan diwartakan. Pengisytiharan ini akan luput

selepas tempoh 2 tahun. Pentadbir Tanah hendaklah

menandakan kawasan yang terlibat dengan pengambilan

dan membuat catatan atas dokumen hak milik. Pada

pandangan Audit, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang

Perai Utara dan Seberang Perai Selatan telah mematuhi

peraturan yang ditetapkan. Pelaksanaan tahap pertama

telah dibuat dengan teratur untuk mengurus dan

mewartakan pengambilan tanah.

ii)

Tahap Kedua - Siasatan Dan Perintah

a) Tatacara Siasatan

Seksyen 12 Akta Pengambilan Tanah 1960, menggariskan

tatacara siasatan yang akan dijalankan oleh Pentadbir

Tanah. Pentadbir Tanah boleh menyiasat perkara seperti

penilaian tanah yang hendak diambil, menetapkan jumlah

pampasan, menyiasat kepentingan pemilik tanah dan

pembahagian pampasan. Semua keterangan yang diberikan

oleh orang yang berkepentingan perlu direkodkan. Setelah

membuat siasatan, Pentadbir Tanah hendaklah

menyediakan award secara bertulis. Setiap award ini

hendaklah difail atau direkodkan dan merupakan bukti

muktamad yang mengikat keputusan Pentadbir Tanah.

127

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!