27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kotak 4.1 : Latihan Sambil Bekerja (OJT) di Industri Plastik

Pada tahun 2010, industri plastik merupakan salah satu penyumbang utama bagi sektor

pembuatan dengan sumbangan sebanyak 3.4% daripada jumlah output dan 112,886 jumlah

pekerja. Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan industri ini adalah peningkatan

jumlah eksport bagi pembungkusan plastik, peningkatan secara tidak langsung hasil daripada

eksport perkakasan elektrik dan elektronik, peningkatan permintaan bagi bahan binaan dan

bangunan, permintaan yang tinggi daripada sektor automotif tempatan dan juga bahan plastik

resin yang murah daripada pembukaan kilang petro kimia.

Untuk menikmati kelebihan-kelebihan tersebut, pembuat produk plastik perlu melengkapkan

pekerja-pekerjanya dengan ilmu dan kemahiran yang sesuai bagi memastikan kelebihan

industri di selaraskan dengan sumber yang ada. Diantara caranya adalah dengan melaksanakan

Latihan Sambil Bekerja (OJT). Melalui latihan sambil bekerja yang teratur serta rangka tindakan

dan bimbingan yang sistematik, syarikat berupaya bersaing secara berkesan ditambah pula

dengan pekerja yang berkemahiran tinggi dan berupaya memenuhi permintaan dan mengikut

piawaian yang telah di tetapkan oleh pelanggan.

Latihan Sambil Bekerja di Syarikat Pembuat Plastik

MPC telah menghasilkan satu kajian kes mengenai pelaksanaan OJT di empat buah syarikat

pembuat plastik yang terpilih. Tujuan utama kajian kes ini adalah untuk mengkaji kesan OJT ke

atas syarikat tersebut selepas mengikuti tiga tahap program perkembangan OJT, iaitu kursus

kesedaran, merangka tindakan OJT dan pelaksanaan sebenar OJT.

Antara masalah utama yang telah di hadapi oleh syarikat-syarikat tersebut sebelum pelaksanaan

OJT adalah:

• Tiada semangat untuk meningkatkan mutu kerja dikalangan pekerja;

• Tugasan dijalankan berdasarkan pengalaman;

• Membuat semula kerja telah menjadi kebiasaan;

• Berlainan teknik dalam melakukan tugasan yang sama oleh pekerja akibat daripada latihan

yang berlainan yang di berikan oleh penyelia; dan

• Tiada pengganti bagi jawatan tersebut apabila terdapat pekerja yang bertukar jabatan atau

berhenti kerja.

Berdasarkan pengalaman seperti di atas, syarikat-syarikat tersebut memilih untuk

menggunapakai OJT bagi menambahbaik produktiviti dan meningkatkan kecekapan pekerjapekerja

mereka kerana ianya lebih menjimatkan serta mudah untuk di laksanakan.

100 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!