27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 9.1 : Peluang Mempertahankan Daya Saing

Malaysia Melalui Pemodenan

Peraturan-peraturan Perniagaan

Persekitaran untuk pertumbuhan ekonomi perlu diubah kerana berasaskan World

Competitiveness Yearbook 2010 yang mengkaji 57 negara, meletakkan Malaysia dikedudukan

ke-19 dalam perundangan perniagaan seperti gambaran di bawah. Sebelum akhir 2015,

sasaran Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai satu

daripada 10 negara teratas di dunia untuk Perundangan Perniagaan. Ini bukan sahaja akan

meningkatkan daya saing global Malaysia tetapi juga akan membuat Malaysia sebagai pilihan

utama untuk perniagaan di Asia.

Dalam merealisasikan inisiatif ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menubuhkan

jabatan Semakan Peraturan pada Oktober 2010 untuk memantau, mengkaji semula dan

menyediakan cadangan-cadangan umtuk menambahbaik peraturan-peraturan sediada.

Matlamat utama MPC adalah untuk mengurangkan bebanan peraturan kepada perniagaan.

Ianya bukan tugas mudah dan memerlukan proses transformasi merentasi keseluruhan strata

sosio politik Malaysia, kemasyarakatan dan yang lebih penting, landskap ekonomi.

Untuk membuat misi ini satu kenyataan, kemajuan signifikan yang telah dilaksanakan dalam

beberapa bidang seperti berikut :

• Menyemak lesen-lesen sedia ada untuk mengetahui lesen yang mana menimbulkan

masalah dari segi meningkatkan produktiviti termasuk beban pentadbiran;

• Menyemak peraturan yang wujud dalam dua sektor iaitu, minyak gas & tenaga dan elektrik

& elektronik;

• Mewujudkan pusat sehenti untuk memulakan operasi perniagaan; dan

• Program penerangan kepada sektor awam dan swasta tentang kepentingan persekitaran

perniagaan yang kondusif terhadap peningkatan daya saing negara.

Laporan Produktiviti 2010/2011

167

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!