27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 3

perkhidmatan yang dikomersilkan lebih

mendesak dan telah meletakkan kekuatan baru

kepada syarikat.

• Membangun pasaran baru adalah suatu tugasan

yang paling mencabar untuk perkhidmatan

perniagaan & profesional. Perniagaan perlu

secara berterusan menjadi lebih kreatif dalam

memaksimumkan penggunaan sumber dan

idea untuk memperoleh kelebihan kompetitif.

Kebanyakan firma menawarkan produk dan

perkhidmatan pelbagai di mana pelanggan akan

mempunyai pilihan yang lebih luas. Penting

buat syarikat-syarikat dalam sub-sektor ini

mencari satu bidang pasaran untuk produk dan

perkhidmatan mereka di mana pengkhususan

dalam perkhidmatan perlu diutamakan.

• Syarikat perlu mengutamakan dagangan

merentas sempadan bagi mendapatkan bahanbahan

mentah yang lebih murah. Menembusi

pasaran global sebagai satu cara meningkatkan

kuantiti ke jumlah besar, syarikat perlu

mewujudkan rangkaian perniagaan dengan

rakan niaga luar negara. Begitu juga, syarikat

perlu mengambil inisiatif untuk memastikan

maklumat perniagaan dan perhubungan

mereka boleh diperolehi daripada pejabatpejabat

kedutaan, konsulat dan suruhanjaya

tinggi Malaysia.

PERKHIDMATAN PELANCONGAN

Tinjauan

• Perkhidmatan pelancongan merupakan

salah satu industri yang berkembang pesat

dalam ekonomi global dan salah satu pemacu

perkembangan dalam sektor perkhidmatan.

Ia menjadi faktor utama pertukaran mata

wang asing sehingga dapat memperkukuhkan

imbangan akaun pembayaran perkhidmatan

serta menarik pelaburan dan menyediakan

peluang pekerjaan. Ia juga berperanan sebagai

pemangkin pertumbuhan yang menghasilkan

kesan pengganda kerana faedah limpahan ke

atas industri lain seperti penginapan, restoran,

perbankan, pengangkutan tempatan, membelibelah

dan hiburan. Beberapa produk penting

dari industri pelancongan termasuklah ekopelancongan,

agro pelancongan, pelancongan

pendidikan, pelancongan kesihatan,

pelancongan sukan dan Mesyuarat, Insentif,

Persidangan & Pameran (MICE).

• Malaysia mencatatkan 24.6 juta kemasukan

pelancong pada tahun 2010 dengan jumlah

pendapatan sebanyak RM56.5 bilion. Negara

ini kekal menjadi tarikan kepada pelancong

serantau. Di antara lima negara utama adalah

Singapura, Indonesia, Thailand, China dan

Brunei, yang meliputi 78.4%. Pertumbuhan

jumlah pelancong tertinggi pada tahun 2010

adalah dari negara India (17.1%), Korea Selatan

(16.2%), Emiriah Arab (16%) dan Iran (14.3%).

Kemasukan pelancong yang tinggi dari India

didorong oleh pembukaan laluan penerbangan

baru ke beberapa kota besar di negara tersebut.

• Pertumbuhan yang kukuh dalam industri

pelancongan Malaysia adalah disumbangkan

oleh enam faktor utama. Pertumbuhan ekonomi

kukuh di negara-negara Asia, kesedaran yang

tinggi terhadap jenama global, peningkatan

pendapatan keluarga di Malaysia, promosi

yang menarik bagi pelancongan tempatan,

pertumbuhan sektor penerbangan tempatan

dan jaringan yang lebih baik serta liberalisasi

pasaran pelancongan.

Prestasi Produktiviti

• Analisis terhadap produktiviti hanya

merangkumi perkhidmatan penginapan, agensi

pengembaraan dan operator pelancongan.

Produktiviti perkhidmatan pelancongan

meningkat sebanyak 4% kepada RM56,246

pada tahun 2010 (Rajah 3.13 & 3.14). Sektor

ini tetap kompetitif seperti ditunjukkan dari

pertumbuhan produktiviti yang tinggi dan

Laporan Produktiviti 2010/2011

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!