27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bab 3

• Untuk mendapatkan pasaran pelancongan

kesihatan, beberapa hospital yang berjaya

telah mewujudkan suatu bidang perkhidmatan

dengan menyediakan rawatan terkini yang

menggabungkan teknologi canggih dengan

perkhidmatan penjagaan pelanggan yang

cemerlang. Mereka berusaha untuk memperbaiki

kualiti perkhidmatan dan kemudahan melalui

pelaburan berterusan dalam teknologi baru dan

menaik taraf kemudahan.

• Untuk meningkatkan perkhidmatan dan

pengawalan kos, para pembekal perkhidmatan

terbaik telah mempelbagaikan perniagaan

mereka untuk membolehkan mereka terus

bertahan dan menyediakan perkhidmatan yang

lancar seperti makmal, perkhidmatan ambulan,

rawatan di rumah dan penyediaan makanan.

Di dalam menguruskan peningkatan kos

bekalan perubatan, mereka telah melaksanakan

pelbagai langkah kawalan kos termasuk

pembelian bekalan perubatan secara pukal,

pengurusan inventori tepat pada masa dan

pembelian bekalan perubatan secara kiriman.

Inventori kiriman bekalan ini akan disimpan

di premis pembeli dan kos bekalan perubatan

akan dicaj hanya selepas digunakan. Rekod

inventori akan disimpan oleh kedua-dua pihak

pembekal dan pembeli.

Strategi dan Tinjauan

• Malaysia menduduki tempat ketiga teratas

dari segi pilihan untuk pelancongan kesihatan.

Pesakit asing datang ke Malaysia kerana

tertarik kepada kadar pertukaran mata wang

yang menggalakkan, kestabilan politik dan

ekonomi dan tahap celik huruf yang tinggi.

Untuk meningkatkan promosi pelancongan

kesihatan, keistimewaan khas bagi pelancong

kesihatan telah diperkenalkan antaranya laluan

pantas untuk kelulusan imigresen dan lanjutan

tempoh visa. Dengan sokongan tersebut,

Kerajaan mensasarkan pertumbuhan industri

pelancongan kesihatan akan menghasilkan

pendapatan RM4.4 bilion pada tahun 2012.

• Perkhidmatan kesihatan swasta dijangkakan

mendahului pembangunan pelancongan

kesihatan, di dalam menjadikan Malaysia pilihan

utama untuk rawatan kesihatan di rantau ini.

Kerajaan mensasarkan lebih daripada 10%

pertumbuhan pendapatan setiap tahun untuk

tempoh 2011-2015 bagi industri kesihatan.

• Dengan kemudahan moden, teknologi dan

peralatan terkini, kakitangan terlatih dan harga

yang kompetitif dan berpatutan, Malaysia akan

diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai

penyedia pelbagai perkhidmatan kesihatan

yang berkualiti tinggi dengan harga yang

kompetitif. Faktor budaya dan agama yang

menggalakkan juga dijangka dapat menarik

pelancong kesihatan dari Indonesia dan negaranegara

Timur Tengah.

• Di antara cabaran yang paling kritikal dalam

mengekalkan pertumbuhan industri ini adalah

bekalan yang mencukupi dan mengekalkan

kakitangan terlatih, peningkatan jumlah

litigasi dan menguruskan perubahan dalam

dasar Kerajaan. Dengan peningkatan tahap

pendidikan populasi, bilangan litigasi juga

dijangka turut bertambah memandangkan

pesakit lebih memahami hak mereka dan

dengan demikian akan menuntut tahap

perkhidmatan yang lebih tinggi. Hal ini juga

akan mengakibatkan perubahan dalam dasar

Kerajaan yang akan mewujudkan lebih banyak

peraturan dan penguatkuasaan syarat-syarat

kepada pembekal perkhidmatan kesihatan.

Untuk menguruskan cabaran ini, pembekal

perkhidmatan kesihatan harus mengguna

pakai strategi yang tepat termasuk pakej

pekerja yang lebih menarik, penambahbaikan

berterusan dalam penyampaian perkhidmatan

serta dialog dan komunikasi secara berterusan

dengan penggubal dasar.

Laporan Produktiviti 2010/2011

75

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!