27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kotak 2.1: Produktiviti Buruh dan

Produktiviti Faktor Menyeluruh

Produktiviti mengukur kecekapan penggunaan sumber input yang digunakan. Ini adalah

penting bagi menentukan pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Dengan demikian, prestasi

produktiviti negara akan bergantung kepada berapa cepat prestasi ekonomi pulih dari krisis

kewangan global 2008-2009 serta kemampuan untuk menghadapi isu global dan senario

perubahan iklim ekonomi.

Produktiviti buruh mengukur jumlah output yang dihasilkan oleh setiap pekerja dan secara

umumnya dikira berasaskan nilai ditambah dibahagikan dengan jumlah pekerja. Walau

bagaimanapun, nilai ditambah hasil dari kombinasi tenaga buruh dan modal, atau dengan

lebih tepat nisbah nilai tambah kepada kombinasi dari kedua-dua modal dan tenaga buruh.

Produktiviti Faktor Menyeluruh (TFP) mengukur kecekapan dalam penggunaan modal dan

tenaga kerja. Penggunaan input yang cekap akan menghasilkan lebih output jika input tersebut

dimanfaatkan secara berkesan dan cekap.

Pertumbuhan produktiviti buruh adalah sama dengan perkadaran pertumbuhan TFP dengan

kadar modal bagi setiap pekerja (intensiti modal). Adakalanya pertumbuhan produktiviti buruh

juga adalah hasil dari peningkatan intensiti modal lebih tinggi daripada TFP mana tambahan

sumber modal akan menghasilkan tambahan output. Memandangkan modal adalah sumber

terhad, peningkatan intensiti modal pada asasnya melibatkan kos yang harus timbalbalik

dengan nilai perolehan dari tambahan keluaran. Walau bagaimanapun, jika tambahan kos

modal secara perbandingannya lebih daripada peningkatan nilai tambah yang dihasilkan dari

output, adalah tidak bagus kepada syarikat meskipun berlaku peningkatan pertumbuhan

produktiviti pekerja. Ini adalah kelemahan perkiraan yang jelas dalam produktiviti pekerja

bagi tambahan (relatif) sumber kos modal yang boleh menyebabkan produktiviti tenaga kerja

menjadi petunjuk yang tidak memgambarkan perubahan sebenar dalam kecekapan ekonomi.

Sebaliknya, perkiraan TFP mengambilkira sepenuhnya untuk kedua-dua input modal dan kos

tenaga kerja.

Sumber-sumber Pertumbuhan Produktiviti Faktor Menyeluruh

Penyumbang-penyumbang utama kepada pertumbuhan TFP termasuk struktur modal,

pendidikan dan latihan, intensiti permintaan, penstrukturan ekonomi dan kemajuan teknikal.

Pelaburan modal manusia meningkatkan keupayaan dan kemampuan tenaga kerja dalam

menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti. Struktur modal merupakan

pelaburan modal yang produktif di dalam ekonomi yang akan meningkatkan kecekapan

ekonomi. Intensiti permintaan boleh dipertingkatkan melalui peningkatan permintaan dalaman

dan luaran untuk produk dan perkhidmatan yang akan meningkatkan kapasiti penggunaan.

Penstrukturan ekonomi melibatkan peruntukan sumber di antara sektor ekonomi dan industri.

Lebih banyak sumber buruh harus diperuntukkan untuk industri atau sektor yang produktif

yang akhirnya, memberikan sumbangan terhadap pertumbuhan TFP yang lebih tinggi.

Kemajuan teknikal melibatkan amalan seperti peningkatan amalan inovasi, penyelidikan dan

pembangunan (P&P), sikap pekerja yang positif, sistem pengurusan organisasi berkesan dan

pengurusan rantaian bekalan dan penanda arsan amalan terbaik.

48 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!