27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Pengenalan Akta Perlindungan Pemberian

Maklumat 2010 (Whistleblower Protection Act

2010) dan penciptaan prosedur kerja untuk

menerima aduan dari pelapor dan perlindungan

kerahsiaan kepada pemberi maklumat telah

diwujudkan.

• Mempercepat perbicaraan kes rasuah dengan

penubuhan 14 Mahkamah Seksyen Khas Rasuah

dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rasuah

untuk meningkatkan kapasiti dalam menangani

perbicaraan.

• Pindaan terhadap Kanun Prosedur Jenayah

(Criminal Procedure Code, CPC) untuk

menyegerakan perbicaraan telah dilakukan.

Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar

• Meningkatkan jumlah penyertaan pra-sekolah

yang berusia 4 + dan 5 + tahun lebih awal dari

usia sekarang 6 + tahun untuk memulakan

pendidikan awal bagi generasi baru. Sukatan

pendidikan akan disusun lebih berstruktur

untuk memastikan semua kanak-kanak akan

mempunyai asas kemahiran pembacaan dan

pengiraan selepas tiga tahun di prasekolah.

Untuk memastikan peningkatan dan kelahiran

pelajar berpencapaian tinggi, 100 Sekolah

Berpretasi Tinggi (SBT) akan ditubuhkan pada

tahun 2012.

Mempertingkatkan Taraf kehidupan

Isi Rumah Berpendapatan Rendah

• Paras Garis Kemiskinan (PGK) didasarkan pada

pengguna minimum keperluan isi rumah untuk

keperluan makanan. Penyumbang kepada

Paras Garis Kemiskinan yang lain adalah barangbarang

bukan makanan seperti pakaian, sewa

dan bahan bakar. (Sumbangan barangan bukan

makanan kepada PGK).

• Kemiskinan Tegar merujuk kepada isu rumah

yang mempunyai jumlah pendapatan kurang

dari, sama atau RM440 pada setiap bulan.

Perkara ini didasarkan pada PGK makanan dan

merupakan piawaian peringkat kebangsaan.

Sehingga sekarang, kurang dari 4% rakyat

Malaysia hidup dalam kemiskinan. Pada masa ini,

tidak ada kemiskinan tegar isi rumah di negara

ini. Kerajaan telah melancarkan 1 Gerakan Azam

yang merupakan program yang menyeluruh

berdasarkan konsep memacu produktiviti dan

menguruskan bantuan untuk meningkatkan

taraf hidup miskin dan miskin tegar.

Mempertingkatkan Infrastruktur

Asas Luar Bandar

• Kerajaan berusaha untuk membina dan menaik

taraf lebih dari 7,000 km jalan baru pada tahun

2012 dimana 1,900 km ini dibina di Sabah dan

Sarawak. Ini bermakna 9.4% dari penduduk

akan hidup dalam radius lima kilometer jalan

berturap pada tahun 2010 di Semenanjung

Malaysia. Jumlah ini dijangka akan meningkat

kepada hingga 100% pada tahun 2012.

• Kerajaan berusaha untuk menyediakan 50,000

rumah baru dan menyediakan rumah-rumah

luar bandar kepada golongan miskin pada

tahun 2012 dan di mana dua-pertiga dari

rumah-rumah ini akan dibina di Sabah dan

Sarawak.

• Rawatan dan bekalan air bersih telah

ditingkatkan menjadi lebih dari 360,000

tambahan kepada isi rumah dan masalah

ini dijangkakan dapat di atasi pada tahun

2012. Ini bermakna bahawa di Sabah dan

Sarawak, peratusan rumah luar bandar dengan

kemudahan kepada air bersih atau dirawat akan

meningkat dari 60% di tahun 2010 kepada 90%

pada tahun 2012.

150 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!