27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bab 8

• Kedudukan seterusnya diikuti oleh kelapa sawit,

pertanian dan lain-lain NKEA dan yang terakhir

diketuai oleh perkilangan iaitu elektronik &

elektrik yang menunjukkan penurunan dan

mempunyai kedudukan terkebelakang dari

segi output sebagai kedudukan yang terendah

di kalangan 12 NKEA dibandingkan dengan

peranan terdahulunya sebagai sektor terpenting

di dalam ekonomi.

• Kekuatan rantaian dan pengganda terhadap

12 NKEA mempunyai potensi untuk terus

memberikan sumbangan utama terhadap

pertumbuhan ekonomi negara.

• Sektor perkhidmatan juga mempunyai potensi

besar untuk menghasilkan lebih rantaian dan

pengganda yang mana akan menjana lebih

output terhadap ekonomi. Tumpuan yang

lebih harus diberikan terhadap pembangunan

sektor pendidikan dan pelancongan kerana

ia memberikan kesan yang besar terhadap

pengganda.

Amalan Terbaik

• Sebagai sebuah negara terbesar dalam

pengeluaran minyak sawit, Malaysia adalah

sebuah negara yang menjadi tanda aras di dalam

bidang Penyelidikan & Pembangunan (R&D),

pembangunan perniagaan dan teknologi terkini.

• Sebagai sebuah negara yang mempunyai lokasi

strategik, Malaysia adalah sebuah destinasi yang

ideal untuk pelancongan penjagaan kesihatan.

• Sebagai sebuah negara yang mengasaskan

perbankan Islamik di rantau ini, Malaysia

menawarkan peluang-peluang pelaburan

terbaik kepada pelabur-pelabur dari negaranegara

Timur Tengah.

Strategi dan Pandangan

• Memandangkan pencapaian lepas yang

dinamik terhadap pembangunan ekonomi yang

disediakan oleh rangkaian infrastruktur sedia

ada, kemajuan yang pantas boleh dipercepatkan

lagi dengan pelaksanaan 12 NKEA yang boleh

menyediakan momentum bagi pertumbuhan

akan datang.

• Dari segi struktur ekonomi, transformasi telahpun

berjalan di samping ekonomi sedang bergerak

dari penekanan terhadap perkilangan kepada

orientasi perkhidmatan. Malahan, pembangunan

bukan-fizikal akan memainkan peranan yang

lebih kritikal bagi memudahkan keterangkuman

dan pengekalan yang mana akan memacu

negara ke arah negara maju.

• Keadaan tidak menentu dalam pasaran global

merupakan cabaran kepada Malaysia dalam

usaha untuk mencapai ekonomi yang mampan.

Bagaimanapun, dengan keadaan ekonomi yang

stabil dan pandangan positif terhadap ekonomi,

Malaysia berada di landasan yang baik untuk

meneruskan perjalanan ke arah mencapai status

negara maju. Ini akan terus menjadi kenyataan

jika Malaysia mendapat faedah daripada negaranegara

yang muncul seperti India dan China

disebabkan oleh kesan sampingan hasil daripada

ekonomi negara tersebut.

• Beberapa inisiatif pembaharuan strategik yang

telah dicadangkan dan memberi tumpuan

terhadap pertumbuhan berdasarkan inovasi

dan penglibatan yang lebih dari sektor swasta

untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan

ekonomi. Ini melibatkan Kerajaan dalam

beberapa sektor NKEA bagi mempromosikan

persaingan yang adil terhadap aktiviti-aktiviti

ekonomi. Kemasukan pelaburan langsung asing

(FDI) haruslah mengarah kepada pengeluaran

produk dan perkhidmatan yang mempunyai nilai

tambah yang tinggi bagi memastikan negara

kekal berdaya saing.

• Pelaburan langsung domestik (DDI) merupakan

salah satu pendorong utama terhadap

perkembangan ekonomi. Ini memerlukan

peningkatan berterusan ‘soft-skills’ bagi

menambahkan tahap kemahiran dan persediaan

ke arah negara mencapai Indeks Pembangunan

Tinggi (HDI).

Laporan Produktiviti 2010/2011

159

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!