27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 9.4 : Meningkatkan Keupayaan Organisasi Melalui ICC

Dalam usaha untuk mempromosikan dan mengekalkan aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif

(KIK), MPC telah menganjurkan Konvensyen KIK secara tahunan. Konvensyen ini menyediakan

peluang bagi para peserta untuk berkongsi amalan terbaik hasil dari pelaksanaan projek

kumpulan masing-masing. Di samping dapat bertukar-tukar idea dan pengetahuan tentang

pelaksanaan aktiviti KIK. Projek-projek KIK yang dibentangkan semasa Konvensyen ini

merupakan bukti kemampuan tenaga kerja dalam menerapkan kreativiti dan inovasi dalam

usaha untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Konvensyen ini juga berfungsi sebagai

platform untuk mengiktiraf kejayaan sesebuah projek KIK dalam menghasil penciptaan nilai

serta penjimatan kos untuk organisasi masing-masing.

Terdapat 3 peringkat Konvensyen KIK yang dianjurkan oleh MPC pada setiap tahun, iaitu

peringkat Mini, Wilayah dan Kebangsaan. MPC juga turut terlibat menguruskan penyertaan

delegasi Malaysia ke Konvensyen Antarabangsa Kumpulan Kawalan Kualiti (ICQCC) yang

diadakan pada setiap tahun. Tahun 2010 telah mencatatkan jumlah penyertaan Kumpulan

KIK tertinggi dalam Konvensyen KIK anjuran MPC semenjak ia diperkenalkan pada awal tahun

1980an.

Pada tahun 2010, sebanyak 71 projek KIK telah dipersembahkan di Konvensyen Mini KIK dengan

penjimatan kos sebanyak RM 6.07 juta. Bagi Konvensyen KIK Wilayah, sebanyak 291 kumpulan

telah mempersembahkan projek mereka di lima Konvensyen Wilayah. Secara keseluruhannya,

kos penjimatan projek yang diperolehi daripada projek-projek ini adalah sebanyak RM 287.83

juta.

Setiap projek KIK yang dibentangkan pada Konvensyen KIK akan dinilai oleh panel penilai KIK

yang dilantik berdasarkan kriteria permarkahan KIK yang ditetapkan. Projek kemudiannya akan

dianugerahkan sama ada emas, perak atau gangsa. Kumpulan yang layak di kalangan penerima

anugerah emas daripada konvensyen wilayah ini akan dijemput untuk membentangkan projek

mereka pada peringkat seterusnya iaitu Konvensyen KIK Kebangsaan.

Sebanyak 168 kumpulan telah dijemput untuk menyertai dalam Konvensyen KIK Kebangsaan

2010. Di Konvensyen ini, setiap kumpulan akan dikategorikan mengikut sektor iaitu elektronik

dan elektrik, pembuatan, perkhidmatan dan sektor kerajaan. Sejumlah RM123 juta telah

direkodkan bagi kos penjimatan keseluruhan projek-projek yang dibentangkan atau secara

purata sebanyak RM732,000 berjaya dijimatkan bagi setiap projek. Sebahagian besar

penjimatan kos projek adalah hasil daripada pengurangan atau penghapusan aktiviti yang

kurang memberi nilai tambah kepada organisasi. Bagaimanapun aktiviti KIK tidak hanya diukur

melalui penjimatan kos sahaja, tetapi juga sumbangan dalam aktiviti bernilai tinggi seperti

penjimatan tenaga melalui pengurangan pembebasan karbon dioksida, pelaksanaan proses

mesra alam atau produk yang berteraskan inovasi hijau.

Berikut adalah pemenang anugerah di Konvensyen KIK Kebangsaan 2010 mengikut sector:

• Sektor Elektronik & Elektrik Terbaik : Kumpulan Mega dari Sharp Manufacturing Corporation

(M) Sdn Bhd.

• Sektor Pembuatan Terbaik : Kumpulan Super Sealing dari Samsung SDI (Malaysia) Berhad.

• Sektor Perkhidmatan Terbaik: Kumpulan Steady dari Genting Malaysia Berhad, dan

• Sektor Kerajaan Terbaik : Kumpulan Belian dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak.

Laporan Produktiviti 2010/2011

175

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!