27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bab 3

pembaikan dan penyelenggaraan. Penyelesaian

ICT termasuk eksport dan import perkhidmatan

ICT dijangkakan akan menerajui pelbagai

aktiviti dalam sektor perkhidmatan.

Prestasi Produktiviti

• Perkhidmatan ICT mencatat kadar pertumbuhan

produktiviti sebanyak 6.3% kepada RM301,789

pada tahun 2010 (Rajah 3.7 & 3.8). Daya saing

kos buruh industri merekodkan peningkatan

dengan kos buruh setiap pekerja mencatatkan

pertumbuhan pada kadar 3.3% dan kos seunit

buruh menyusut sebanyak 1.3% (Rajah 3.8).

Penyumbang utama kepada peningkatan dalam

pertumbuhan produktiviti industri adalah

perkhidmatan telekomunikasi. Pertumbuhan

tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan

yang lebih tinggi di dalam perkhidmatan

selular, jalur lebar dan generasi ketiga (3G)

yang disokong oleh persekitaran pengendalian

yang lebih baik dan pemulihan domestik

serta dibantu oleh pemulihan ekonomi secara

berperingkat di Amerika Syarikat, Singapura,

Jepun dan China.

Amalan Terbaik

• Di dalam perkhidmatan ICT, syarikat

terkemuka adalah mereka yang berkebolehan

menyediakan platform mobiliti berasaskan

perisian yang mengambil kandungan

dan aplikasi sedia ada dan secara lancar

menyalurkannya ke peralatan mudah-alih.

Ini membolehkan syarikat menyampaikan

maklumat khusus kepada tatasusunan lengkap

peralatan-peralatan tanpa wayar, jalur lebar

dan komunikasi suara seperi Pembantu Digital

Peribadi (PDA), generasi kedua (2G) dan

generasi ketiga (3G) pada telefon mudah alih

dan komputer peribadi. Pembangunan aplikasi

ini adalah berdasarkan kepada konsep sumber

terbuka bagi memastikan kos operasi dapat

dikekalkan pada tahap minimum. Konsep

sumber terbuka ini mempunyai kod sumber

bebas yang memperkayakan e-komuniti.

• Media interaktif dikenalpasti sebagai salah satu

daripada peluang untuk diperkembangkan

kerana semakin ramai yang menggunakan

internet dan mempunyai perkakasan mudah

alih. Oleh kerana itu lebih banyak syarikat

menggunakan media interaktif sebagai alat

pemasaran. Tambahan pula mereka yang berada

dalam kumpulan umur 25 hingga 35 tahun yang

sememangnya membesar dengan teknologi, kini

telah memasuki pasaran tenaga kerja.

RM Ribu

Rajah 3.7: Tahap Produktiviti Perkhidmatan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT)

310.0

300.0

290.0

280.0

270.0

260.0

250.0

240.0

230.0

Dikira berdasarkan: Jabatan Perangkaan, Malaysia

Peratus

Produktiviti

Kos Buruh

Setiap Pekerja

266.99

Kos Seunit Buruh

259.55

271.29

283.84

301.79

2006 2007 2008 2009 2010

Rajah 3.8: Pertumbuhan Daya Saing Kos Buruh

Perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

20.0

15.0

10.0

5.0

0

-5.0

2006 2007 2008 2009 2010

3.18 -2.79 4.53 4.62 6.32

16.15 -0.35 7.48 2.12 3.29

11.73 -0.14 8.07 -1.48 -1.30

Dikira berdasarkan: Jabatan Perangkaan, Malaysia

Laporan Produktiviti 2010/2011

63

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!