27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

LAMPIRAN D - NOTA TEKNIKAL

PERISTILAHAN DAN DEFINISI

Pekerja (ILO)

Pekerja adalah mereka yang memegang sesuatu pekerjaan dan ditakrifkan sebagai pekerjaan berbayar.

Pekerja dengan kontrak yang kukuh adalah mereka yang telah, dan masih memiliki, sesuatu yang jelas

(bertulis atau lisan) atau kontrak pekerjaan yang tidak nyata, atau kontrak penggantian, dengan majikan

yang sama secara berterusan.

Majikan (ILO)

Majikan adalah para pekerja yang bekerja dalam akaun mereka sendiri atau dengan seorang atau beberapa

rakan kongsi, memegang sesuatu pekerjaan secara bekerja sendiri dan dalam kapasiti ini, secara berterusan

(termasuk tempoh rujukan) telah melantik seorang atau lebih untuk bekerja dalam perniagaan mereka

sebagai pekerja.

Pelaburan Langsung Asing (FDI)

Pelaburan Langsung Asing (FDI) adalah kategori pelaburan antarabangsa yang mencerminkan tujuan entiti

penduduk sesebuah negara untuk mendapatkan kepentingan yang berpanjangan dalam sesebuah syarikat

milik penduduk di negara lain.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Keluaran Dalam Negara Kasar ialah jumlah nilai yang ditambah secara kasar oleh semua pengeluar

pemastautin dalam sesebuah ekonomi termasuk sebarang cukai produk dan ditolak dengan mana-mana

subsidi yang tidak termasuk dalam nilai produk. Ia dikira tanpa membuat potongan bagi susut nilai aset

atau kekurangan dan kemusnahan sumber asli. Jumlah nilai pasaran bagi semua barang dan perkhidmatan

terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam satu tahun yang diberikan; sama dengan jumlah

penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan Kerajaan, ditambah dengan nilai eksport dan ditolak nilai import.

Pendapatan Negara Kasar (GNI)

Pendapatan Negara Kasar (GNI) (dahulunya dikenali sebagai Keluaran Negara Kasar, atau GNP) adalah jumlah

nilai tambah secara kasar oleh semua pemastautin pengeluar dan cukai barangan (tolak subsidi) yang tidak

termasuk dalam penilaian output ditambah penerimaan pendapatan bersih dari luar negara.

Inflasi

Kenaikan harga secara meluas. Secara praktikal, inflasi adalah barang dan perkhidmatan yang dinilai sebagai

lebih daripada nilai sebenar wang. Hal ini juga mempengaruhi gaji; Tempoh inflasi yang tinggi cenderung

kepada kenaikan pendapatan. Inflasi boleh disebabkan oleh terlalu sedikit barang ditawarkan untuk dijual,

atau terlalu banyak wang untuk diedarkan.

Pembayaran faedah

Faedah dibayar oleh unit yang dikenakan tanggungan tetentu seperti deposit, sekuriti selain daripada saham,

kredit dan hutang. Ia juga termasuk faedah kepada bukan pemastautin, untuk pemastautin selain Kerajaan

dan unit Kerajaan yang lain.

Pertumbuhan KDNK benar

Anggaran harga tetap. Secara teori, komponen harga dan kuantiti nilai boleh dikenal pasti dan tempoh asas

harga digantikan mengikut tempoh semasa yang ditetapkan. Kaedah yang digunakan adalah mengikut

amalan untuk mengira pembolehubah pada harga tetap. Satu lagi kaedah, yang umum dikenali sebagai

deflasi harga, indeks harga melibatkan kepada nilai-nilai yang diperhatikan untuk mendapatkan anggaran

jumlah. Indeks harga yang digunakan adalah dibina daripada harga barangan utama setiap nilai.

Laporan Produktiviti 2010/2011

189

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!