27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 5

Pemacu Pembangunan Sektor Pertanian

• Untuk menyokong pembangunan dan

penciptaan peluang perniagaan di dalam sektor

pertanian, pemacu utama diperlukan untuk

mencetuskan transformasi sektor pertanian

sebagai berorientasikan pasaran, berskala

industri dan integrasi perniagaan berkaitan

pertanian seperti berikut:-

• Menyediakan Insentif untuk Syarikat

Penaung dalam bentuk RM50 dari RM1,000

nilai belian dari peladang kontrak;

• Mengukuhkan Adaptasi Amalan Pertanian

Baik dan Amalan Perkilangan Baik dengan

menguatkuasakan pematuhan terhadap

piawaian keselamatan makanan sebagai

keperluan mandatori;

• Mengubah peraturan dan dasar untuk

meningkatkan kredibiliti industri pertanian

Malaysia dari segi kebolehkesanan dan

keterjaminan makanan;

• Mengukuhkan infrastruktur logistik melalui

penambahan kemudahan sejuk beku. Pusat

logistik sejuk beku dan mudah rosak akan

dilengkapi dengan kemudahan Sanitary

dan Phytosanitary (SPS); dan

• Memastikan modal insan yang mencukupi

meliputi pengurus perniagaan, usahawan

dan pelbagai pakar pertanian seperti

agronomis, entomologis, akuakulturis,

pakar nutrisi haiwan, pakar sains tanah dan

veterina.

Kesimpulan

• Strategi-strategi yang digariskan di dalam NKEA

Pertanian telah menyediakan rangka kerja

berstruktur pembangunan sektor pertanian

untuk dekad akan datang. Pelaksanaan

pelbagai inisiatif akan melonjakkan tahap sosial

dan ekonomi populasi pertanian di luar bandar.

Inisiatif yang proaktif oleh kerajaan melalui

NKEA Pertanian akan menjadi pemangkin

di dalam transformasi dari sektor pertanian

tradisional kepada berkomersil tinggi dan

sektor perniagaan tani berorientasikan pasaran.

Keupayaan Malaysia di sepanjang rantaian

nilai pertanian dijangka akan mengukuhkan

kedua-dua aktiviti-aktiviti pemperosesan

huluan dan hiliran dengan penyertaan aktif

dari sektor swasta. Dengan fokus bersepadu

terhadap sektor pertanian sebagai pemacu

pertumbuhan, masa depan sektor pertanian

adalah lebih optimistik.

Laporan Produktiviti 2010/2011

119

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!