27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 1.1 : Iklim Pelaburan dan Produktiviti

Cabaran utama Rancangan Malaysia ke-10 adalah untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta

untuk mencapai pertumbuhan antara 12.8% atau RM115 ribu juta setahun semasa dalam tempoh

rancangan 2011 - 2015. Begitu juga, kejayaan untuk merangsang pelaburan sektor swasta adalah

kunci utama mencapai pertumbuahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 6% keperluan

yang disasarkan bagi Malaysia selaras untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Iklim pelaburan adalah kriteria yang penting dalam usaha untuk merangsang dan menarik

pelaburan sektor swasta. Iklim pelaburan yang menarik adalah salah satu kunci utama untuk

memastikan pelaburan adalah sediada dan digunakan dengan cekap. Ianya mempunyai persamaan

dengan ungkapan “persekitaran boleh-berniaga’, satu ungkapan luas merangkumi struktur dan

rangkuman yang membentuk keputusan pelaburan, contohnya makroekonomi, peraturan, dan isuisu

pentadbiran.

Iklim pelaburan haruslah selaras dengan kehendak pelabur dan diberikan lebih publisiti menerusi

media massa. Iklim pelaburan mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap produktiviti

kerana ia menyumbang secara signifikan ke arah pertumbuhan ekonomi yang mampan pada

jangka panjang.

Salah satu dapatan utama terkini dari Laporan Bank Dunia yang menyelidik kualiti iklim pelaburan

Malaysia menunjukkan bahawa kekangan yang signifikan terhadap iklim pelaburan menyebabkan

produktiviti firma yang beroperasi di Malaysia menurun¹. Contohnya, kekurangan kemahiran

memaksa firma mengambil pekerja tanpa kemahiran yang sepatutnya dan kebolehan inovasi firma

menurun.

Salah satu dari 5 teras strategi Rancangan Malaysia ke-10 adalah “mewujudkan suasana yang

kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang bebas”. Oleh itu, Kerajaan Malaysia sedang berusaha

sedaya upaya bagi menambahbaik iklim pelaburan. Perlu disedari bahawa sektor swasta juga

mempunyai peranan yang penting terhadap usaha ini. .

Sektor swasta haruslah memperkukuhkan sesi perundingan antara sektor kerajaan-swasta dengan

menyediakan maklumbalas berkualiti, idea dan cadangan. Sektor swasta perlu sedar keperluan

penambahbaikan lain-lain perkara, penyampaian perkhidmatan mereka juga perlu ditekankan

seperti apa yang sektor kerajaan sedang lakukan. Contohnya, syarikat ICT boleh membantu

meningkatkan suasana penyampaian perkhidmatan dengan memberikan penyelesaian yang lebih

terhadap kawalan kos dan membaiki perkhidmatan dan maklumat sedia ada kepada pengguna. Ini

akan membantu ke arah usaha untuk menambahbaik suasana pelaburan di Malaysia.

Disumbangkan oleh : Quah Boon Huat

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

1 “Malaysia: Productivity and Investment Climate Assessment Update”, Report No. 49137-MY, Poverty Reduction and

Economic Management Sector Unit, East Asia and Pacific Region, World Bank. August 2009. Available at: http://

web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/COUNTRIES/EASTASIAPACIFICEXT/MALAYSIAEXTN/0,,contentMDK:22515

867~menuPK:3968191~pagePK:64027988~piPK:64027986~theSitePK:324488,00.html

32 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!