27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kotak 1.2 : Inovasi dan Pengurusan Pengetahuan

Inovasi diiktiraf dengan luas sebagai sumber penciptaan kekayaan dalam firma dan negara.

Menurut Kajian Kebangsaan Inovasi yang dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi,

”inovasi merupakan sesuatu yang baru atau penambahbaikan produk yang signifikan (barangan

& perkhidmatan) yang diperkenalkan di pasaran atau suatu yang baru atau penambahbaikan

proses yang signifikan dan ia berdasarkan hasil dari pembangunan teknologi baru, gabungan

teknologi baru terkini atau penggunaan pengetahuan lain”.

Inovasi menjadi blok pembangunan yang kritikal bagi memperolehi faedah persaingan

yang mampan kerana gabungan kompetensi, kemahiran, perkhidmatan produk dan struktur

sekarang tidak lagi memadai oleh sebab timbulnya ekonomi pengetahuan dan perubahan

keadaan pasaran.

Secara impirikal, pengetahuan adalah sumber yang didominasi bagi mengeluarkan nilai tambah

dan menjadi faktor penentu di dalam persaingan global. Pengurusan Pengetahuan (KM) boleh

didefinisikan sebagai “suatu proses atau amalan bagi mencipta, memperolehi, mendapat,

berkongsi dan menggunakan pengetahuan dimana sahaja ditempatkan, untuk menambah

pembelajaran dan prestasi di dalam organisasi . Banyak syarikat yang berjaya mendapati

bahawa strategi pengurusan pengetahuan dan amalan adalah penting untuk kelangsungan

inovasi di dalam sesebuah organisasi.

Krisis kewangan Asia yang berlaku pada 1997-1998 telah memaksa Malaysia untuk menyusun

strategi semula usaha-usaha ke arah memperolehi dayasaing yang dipacu oleh pengetahuan

dan bagi mencapainya, semua pihak di dalam ekonomi hendaklah memberikan keutamaan

kepada pengurusan pengetahuan.

Terdapat beberapa pendekatan dan peralatan yang berbeza yang mana organisasi boleh

menggunakannya apabila merangka strategi KM. Contohnya, melalui pengetahuan audit,

ianya boleh mendedahkan keperluan pengurusan suatu organisasi, kekuatan, kelemahan,

peluang, ancaman dan risiko, dan menunjukkan apakah langkah perlu untuk menambahbaik

amalan seharian.

Oleh kerana KM boleh memberikan sumbangan yang signifikan sama ada prestasi inovasi

dan produktiviti firma-firma, adalah perlu bagi semua syarikat Malaysia berusaha kearah

memperolehi pengetahuan.

Disumbangkan oleh : Quah Boon Huat

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

1 Scarborough, H., J. Swann, and J. Preston (1999). Knowledge Management: A Literature Review, Institute of

Personnel Development Report, London.

2 Kremp, E., and J. Mairesse (2004). Knowledge Management, Innovation, and Productivity: A Firm Level Exploration

Based on French Manufacturing CIS3 Data. NBER Working Paper No. 10237. Available at: http://www.nber.org/

papers/w10237

Laporan Produktiviti 2010/2011

33

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!