27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Bab 7

• Selain dari fleksibiliti pasaran tenaga kerja

(9) (2009:7), Malaysia juga mengekalkan

kedudukan bagi peraturan tenaga kerja (5)

(2009:6), kenaikan tertinggi dinikmati dalam

undang-undang imigresen tentang penggajian

pekerja asing (7) (2009:36) pada tahun 2010

(Jadual 7.8).

Kerangka Masyarakat

• Peningkatan kedudukan Malaysia dalam

petunjuk sosial dijustifikasikan oleh penyebaran

falsafah 1Malaysia telah diterima oleh kepada

masyarakat secara positif. Secara keseluruhan,

kedudukan kerangka masyarakat bagi Malaysia

meningkat dengan tinggi dari kedudukan ke-

40 tahun 2009 kepada 27 pada tahun 2010.

Peningkatan yang terbaik adalah dicatat oleh

risiko ketidakstabilan politik (26) (2009:44)

dan keutamaan Kerajaan pada perpaduan

sosial (6) (2009:22). Malaysia juga berada pada

kedudukan ke-12 pada petunjuk baru iaitu

perundangan kesamaan peluang perundangan

pada tahun 2010. (Jadual 7.9).

Strategi dan Unjuran

• Program GTP yang dilaksanakan adalah

bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan

awam yang lebih baik kepada Negara dengan

menumpukan pada enam NKRA teras iaitu,

Mengurangkan Jenayah

• Usaha-usaha telah dilaksanakan untuk

mengurangkan indeks kadar jenayah sebanyak

5% selama tiga tahun ke hadapan dengan

memberi fokus kepada jenayah jalanan. Persepsi

awam berkaitan keselamatan khususnya

akan dipertingkatkan melalui penyertaan

masyarakat dan sukarelawan menerusi dialog

yang lebih banyak antara masyarakat dan polis

di semua kawasan perumahan. Lebih banyak

pangkalan bergerak jabatan polis akan didirikan

dikawasan-kawasan yang padat penduduk

untuk mengekalkan hubungan baik dengan

masyarakat. Ketelusan yang lebih besar akan

diserapkan ke dalam sistem kehakiman jenayah

untuk membina kepercayaan masyarakat dan

membangunkan keyakinan dalam keseluruhan

sistem.

Membanteras Rasuah

• Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)

akan diberikan kuasa yang lebih luas untuk

mendakwa pesalah dan untuk merampas

aset mereka dalam mencapai sifar rasuah

dalam perkhidmatan awam. Bagi memastikan

keberkesanan pemantapan unit pematuhan

disetiap lima agensi penguatkuasaan utama

ditubuhkan di Pasukan Polis Diraja Malaysia,

Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan

Imigresen Malaysia, Jabatan Pengangkutan

Jalan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah

Malaysia. Pekeliling telah dikeluarkan untuk

semua pekerja sektor awam iaitu garis

panduan bagaimana cara menangani surat

sokongan dari orang-orang berpengaruh untuk

meminimumkan rasuah.

• Pusat maklumat setempat untuk perolehan

Kerajaan menyediakan maklumat penting lain

seperti tender penganugerahan kontrak adalah

antara langkah-langkah ke arah ketelusan

perolehan kerajaan. Arahan telah dikeluarkan

supaya agensi kerajaan melaksanakan integriti

dalam kontrak.

• Pembangunan Pangkalan Data Pesalah Rasuah

“Namakan dan Malukan” dengan senarai nama

pesalah, yang berfungsi tidak hanya sebagai

sumber rujukan tetapi juga sebagai pencegah

dan amaran terhadap pelaku yang berpotensi.

Laporan Produktiviti 2010/2011

149

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!