27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Buat pertama kalinya semenjak penyertaan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Dunia,

faktor Kecekapan Kerajaan dan Kecekapan Perniagaan mencatatkan pencapaian yang

memberangsangkan iaitu di kedudukan sepuluh teratas. Ini menunjukkan hubungan erat di

antara kedua-dua faktor tersebut. Kerjasama kukuh dan menyeluruh di antara sektor swasta

dan awam telah berjaya meningkatkan daya saing negara.

Perubahan-perubahan yang inovatif secara berterusan oleh kerajaan seperti Program

Transformasi Kerajaan telah berupaya memperbaiki faktor Kecekapan Kerajaan. Pelaksanaan

enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dikenalpasti melalui kaedah

perbincangan makmal telah berjaya menurunkan kadar jenayah jalanan sebanyak 35% pada

tahun 2010. Persepsi terhadap korupsi dan rasuah bertambah baik di kedudukan ke-26 daripada

kedudukan ke-31 pada tahun sebelumnya. Manakala birokrasi dalam transaksi perniagaan

telah berkurangan seperti mana digambarkan di kedudukan ke-4 berbanding di kedudukan

ke-16. Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEA) yang digariskan di dalam Model Ekonomi Baru

(MEB) dijangka dapat mempercepatkan lagi transformasi ekonomi Malaysia.

Faktor Infrastruktur, berada di kedudukan ke-25 (2009: ke-26). Faktor ini merupakan pelaburan

jangka panjang yang hanya akan menunjukkan kesan dalam tempoh masa yang lama. Pada

tahun 2001, kedudukan faktor Infrastruktur bagi Malaysia adalah di kedudukan ke-38 dan terus

menunjukkan peningkatan di kedudukan ke-25 pada tahun ini. Di sebalik senario ini, laporan

tersebut menunjukkan bahawa kapasiti inovatif di kalangan firma dalam menghasilkan produk

dan proses baru adalah tinggi di kedudukan ke-12 walaupun ianya merupakan satu kriteria

baru.

Untuk meningkatkan daya saing, peningkatan dalam perbelanjaan penyelidikan &

pembangunan (R&D), kemahiran dan keupayaan di bidang teknologi maklumat, kerjasama

teknologi yang kukuh di kalangan syarikat, usahasama di antara sektor awam dan sektor swasta

serta penyelidikan secara usahasama yang mampan adalah penting. Bagi membentuk bangsa

yang inovatif dan berdaya saing, Malaysia perlu mengambil langkah berdasarkan faktor-faktor

berikut:

• Peningkatan dalam bidang pendidikan;

• Penekanan terhadap mata pelajaran sains di sekolah;

• Peruntukan tambahan bagi perbelanjaan R&D;

• Pembangunan & penerapan teknologi;

• Akses kepada modal untuk pembiayaan bagi pembangunan teknologi;

• Kajian semula undang-undang bagi penyelidikan ilmiah;

• Pengurusan bakat, khususnya di dalam usaha menarik minat dan mengekalkan para

saintis & penyelidik, dan

• Pengukuhan dalam pengurusan harta intelek.

36 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!