27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Strategi dan Unjuran

• Perkhidmatan ICT telah dikenalpasti sebagai

salah satu bidang pertumbuhan yang

berpotensi di Malaysia. Peningkatan terhadap

pertumbuhan tersebut adalah disebabkan oleh

permintaan ke atas perkhidmatan komputer

dan telekomunikasi daripada sektor lain seperti

kewangan Islam dan pendidikan pembelajaran

jarak jauh. Ianya dibantu oleh inisiatif Kerajaan

seperti infrastruktur (rangkaian dan jalur lebar),

geran dan pengecualian cukai ke atas syarikat

agar terus berkembang dan meningkatkan

produktiviti mereka. Syarikat ICT yang berjaya

harus menawarkan produk dan perkhidmatan

yang lengkap dan bernilai tambah untuk kekal

berdaya saing.

• Memandangkan pasaran tempatan akan tepu

dalam beberapa tahun akan datang, syarikat

ICT harus secara aktif mencari pasaran baru di

rantau ASEAN seperti Vietnam. Pembentukan

perkongsian strategik dengan usahasama

tempatan dan luar negara merupakan cara

terbaik untuk menembusi pasaran baru.

• Syarikat Perkhidmatan ICT sangat bergantung

pada modal insan berpengetahuan. Latihan

yang mencukupi perlu diberikan kepada

graduan baru ICT bagi memastikan mereka

mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang

bersesuaian. Graduan ICT perlu mempunyai

sikap yang betul dan mengembangkan

pemikiran kritikal dan inovasi. Pakar-pakar ICT

di Malaysia perlu cukup inovatif dan kreatif

untuk menjadi pembekal ICT bertaraf dunia.

• Perkhidmatan ICT dijangka akan meningkat

terutamanya dalam aplikasi mudah alih

memandangkan lalu lintas e-dagang yang telah

diintegrasikan dengan telefon mudah alih dan

teknologi tertumpu. Prestasi perkhidmatan

ICT dapat lebih dipertingkatkan lagi melalui

pelaburan besar dalam sektor telekomunikasi

yang disasarkan kepada penyediaan

perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi,

perluasan penggunaan internet dan perbankan

mudah alih di sektor perkhidmatan kewangan,

meneruskan usaha-usaha berkaitan aktiviti

e-Kerajaan dan e-dagang, meningkatkan

pelaburan dalam perniagaan khidmat luaran

yang dipacu oleh ICT serta perkembangan

pengajian jarak jauh dalam talian dan dibantu

oleh perkakasan komputer.

PERKHIDMATAN PERDAGANGAN

BORONG & RUNCIT

Tinjauan

• Perkhidmatan perdagangan borong & runcit

bersama-sama dengan pengedaran kenderaan

bermotor adalah komponen utama dari subsektor

perdagangan pengedaran. Sub-sektor ini

penting untuk membawa masuk bahan input

untuk semua sektor ekonomi.

• Perdagangan borong umumnya termasuk

mereka yang terlibat dalam aktiviti nilai tambah

seperti pembungkusan semula, pelabelan dan

menyediakan tempat simpanan dan sebagai

fungsi orang tengah tanpa mengubah bentuk

dan sifat dari apa yang mereka perolehi dan apa

yang mereka jual.

• Perdagangan runcit meliputi penjualan

semula barang dalam kuantiti yang lebih

kecil tanpa mengubah bentuk atau ciri-ciri

selepas menerima dari pemborong atau

wakil yang lain. Peruncit sering dilengkapi

dengan perkhidmatan lain seperti francais,

perkhidmatan e-perdagangan dan perbankan

komersil dengan kafe perkhidmatan bagi

memudahkan perniagaan dan memastikan

adanya pelanggan tetap.

Prestasi Produktiviti

• Analisis terhadap nisbah prestasi bagi

perdagangan borong & runcit tidak mengambil

64 Laporan Produktiviti 2010/2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!