27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Bab 3

• Kakitangan hotel adalah aset penting kerana

komitmen mereka yang tinggi terhadap

pelanggan dan ini dapat dilihat daripada tahap

profesionalisme yang tinggi. Bagi setiap pekerja,

hotel adalah rumah mereka dan tetamu dilayan

seperti di rumah mereka sendiri. Pihak hotel

memberi keutamaan untuk mengambil pekerja

baru yang suka berinteraksi dengan orang

lain. Apabila mereka telah diambil bekerja,

kemahiran kerja yang diperlukan setiap hari

dapat dilatih.

Strategi dan Unjuran

• Perkhidmatan pelancongan akan terus berada

ditangga teratas dalam pembangunan ekonomi

Malaysia. Sektor ini telah dikenalpasti sebagai

salah satu daripada 12 Bidang Utama Ekonomi

Negara (NKEAs). Malaysia menyasarkan

untuk menarik 36 juta pelancong yang akan

menyumbang sebanyak RM168 bilion terhadap

ekonomi menjelang tahun 2020.

• Malaysia menjadi tarikan dikalangan pelancong

bajet berbanding dengan pelancong yang

mempunyai wang yang banyak seperti

yang direkodkan oleh negara-negara jiran.

Bagi mensasarkan hasil yang lebih tinggi, ia

memerlukan penyediaan penginapan yang

berkualiti tinggi, kualiti perkhidmatan yang

terbaik dan pakej pelancongan yang menarik.

Peningkatan perhubungan antarabangsa

dan perkhidmatan teksi akan memberi nilai

tambah bagi pakej ini. Pembekal perkhidmatan

perlu memperbaiki kandungan perkhidmatan

penyampaian dengan menekankan aspek

kebersihan, penyelenggaraan dan keselamatan

kerja.

• Malaysia perlu banyak mempromosikan

warisan bersejarah negara. Selain kaya dengan

persembahan muzik dan tradisional, festival

kebudayaan, makanan dan masakan, produk

kraftangan adalah antara produk pelancongan

yang boleh dipromosikan. Kepelbagaian

persembahan tradisional seperti Mak Yong,

Wayang Kulit dan Kuda Kepang perlu diberi

sokongan dan galakkan. Produk kebudayaan

harus dipelbagaikan dan dikembangkan sebagai

pengalaman pelancongan. Para pelancong

amat menghargai kepelbagaian budaya

sebagai sebahagian daripada pengalaman

pengembaraan.

PERKHIDMATAN

PENDIDIKAN SWASTA

Tinjauan

• Perkhidmatan pendidikan swasta ditakrifkan

sebagai “semua pembekal perkhidmatan swasta

yang terlibat dalam penyediaan pendidikan

atau perkhidmatan berkaitan pendidikan”.

Perkhidmatan pendidikan swasta terdiri

daripada universiti swasta dan kolej, pusat

latihan pendidikan, sekolah antarabangsa,

pusat latihan guru swasta, pendidikan dan

pusat latihan berkaitan dan pusat latihan

separa-swasta (pusat latihan yang berhubung

dengan syarikat berkaitan kerajaan).

• Pada tahun 2010, terdapat 20 institusi

pendidikan awam, 43 universiti swasta dan

kolej universiti, 5 cawangan universiti asing,

429 kolej swasta, 53 sekolah menengah Cina

bebas, 118 sekolah menengah swasta dan 20

sekolah antarabangsa khusus kepada anakanak

ekspatriat. Populasi pelajar asing di

Malaysia melebihi 90,000 orang. Berdasarkan

United Nations Educational, Scientific and

Cultural Organisation (UNESCO), perkhidmatan

pendidikan tinggi di Malaysia terletak ditangga

ke-11 di dunia pada tahun 2010.

Prestasi Produktiviti

• Produktiviti perkhidmatan pendidikan

swasta mencatat pertumbuhan 4.9% kepada

RM50,266 pada tahun 2010 (Rajah 3.15 &

3.16). Perkhidmatan pendidikan swasta terus

mengukuhkan daya saing kos buruh pada

tahun 2010 di mana kos buruh setiap pekerja

Laporan Produktiviti 2010/2011

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!