27.09.2014 Views

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

prestasi produktiviti malaysia - MPC

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Produktiviti Faktor Menyeluruh

Dalam tempoh 2006-2010, pertumbuhan GDP ialah 4.6% disokong oleh pertumbuhan

produktiviti sebanyak 2.9% dan 1.6% pertumbuhan guna tenaga. Pertumbuhan produktiviti

dijana daripada pertumbuhan TFP iaitu 1.7% dan intensiti modal 1.3% dalam tempoh yang

sama.

Dalam tempoh 2001-2010 pertumbuhan TFP ialah 1.5%, sumbangan TFP kepada pertumbuhan

ekonomi ialah 32.9%, manakala modal menyumbang sebanyak 37.7% dan guna tenaga 29.4%.

Ini adalah petunjuk bahawa pertubuhan ekonomi dijana oleh input berintensif modal, bukan

pengeluaran yang berintensif buruh yang menunjukkan negara sedang menuju ke arah

pelaburan yang berteknologi tinggi dan ke arah ekonomi yang berasaskan pengetahuan.

Transformasi MPC

Selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memajukan negara, peranan MPC telah disusun semula

dengan memberi fokus kepada bidang daya saing dan inovasi pada tahun 2010.

Bagi tujuan membina MPC yang ke hadapan, responsif dan dinamik, lima model jabatan di

wujudkan bagi menggabungkan aktiviti inovasi dan produktiviti berserta semakan peraturan

iaitu Jabatan Semakan Praturan, Inovasi Enterprais, Kecemerlangan Perniagaan, Daya Saing

Global dan Pengurusan Pengetahuan. Melalui fungsi utama ini, MPC akan memantau,

menyemak semula, menilai dan memberikan cadangan untuk sebarang perubahan dasar

dan peraturan, meningkatkan inovasi enterprais dengan cara mencipta dan, melaksanakan

ekosistem bagi seluruh rantaian nilai inovasi. MPC juga akan mengukur dan mempersijilkan

syarikat-syarikat dan model organisasi syarikat contoh untuk menggalakkan persaingan dan

amalan-amalan terbaik untuk dicontohi. Penanda aras daya saing global akan dibangunkan

serta mencipta pengetahuan berdasarkan produktiviti dan inovasi .

Unjuran 2011

Unjuran ekonomi global yang lebih optimistik telah mengenepikan kerisauan tentang risiko

kemelesetan ekonomi. Pertubuhan KDNK Malaysia dijangka stabil pada paras 5.5%.Dengan

ekonomi negara-negara Asia yang dijangka menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi global

pada tahun 2011, kebanyakkan ahli ekonomi menjangkakan negara-negara Asia akan terus

memacu pertumbuhan produktiviti global. Produktiviti Malaysia pada tahun 2011 dijangka

bertambah lebih daripada 4.7%.

Produktiviti sektor perkhidmatan dijangka berkembang pada kadar lebih daripada 4.3% dalam

tahun 2011. Prestasi ini disokong terutamanya oleh sub-sektor komunikasi, pengangkutan dan

penyimpanan, utiliti dan kewangan dan insurans.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!